This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, July 26, 2009

Dilema Pengundi - Siri 1: Jom Undi

Setiap kali pilihanraya muncul kita terpaku memikirkan apakah yang berlaku dalam senario politik Malaysia. Adakah ini sandiwara ulangan setiap 5 tahun di mana pengndi hanya diberi watak sebagai pelakon tambahan yang mengikut skrip lakonan politik yang sedia ada selama 50 tahun lebih. Namun bicara nasional dan laungan kerajaan sering sahaja mengulang yang Malaysia Negara demokratik yang bebas tetapi ini cuma pidato politik kerajaan!

Haruskah kita biarkan ini berterusan?!

Waktunya sekarang. Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi harus menetukan siapa yang berhak menerajui kerajaan Malaysia. Jangan mudah terpedaya. Jangan mudah takut. Jangan mudah putus asa.

Kuasa di tangan kita masih lagi wujud. Faham hak kita sebagai pengundi dan kembalikan demokrasi tulen ke arena politik Malaysia.

JANGAN ABAIKAN PERANAN & HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Friday, July 24, 2009

PAS Untuk Semua

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan salah satu gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi ini selepas runtuhnya khalifah Islam terakhir. Cetusan daripada gerakan Almarhum Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang menggerakkan ummat Islam untuk bangkit bagi mengembalikan keadalian Islam di atas muka bumi ini.

Dasar perjuangan PAS adalah tetap sama dari mula penubuhannya sehingga ke hari ini iaitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ringkasnya PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. Islam diturunkan oleh Allah pencipta alam semesta dan tiada keraguaan di dalamnya yang akan memberikan keadilan kepada manusia sejagat. Ini bukan retorik atau janji kosong daripada PAS dalam menterjemahkan dasar perjuangannya.

Antara bukti yang jelas yang penulis boleh ketengahkan adalah apa yang telah dilaksanakan di negeri Perak. Dalam keadaan PAS diberi kepercayaan oleh rakan-rakan di Pakatan Rakyat untuk menjadi menteri besar. Dalam keadaan exco-exco yang terdiri daripada pelbagai lapisan serta latar-belakang politik namun keadailan dan nilai-nilai pemerintahan Islam dapat diterjemahkan.

Bukti 1:
Di awal pemerintahan, ketua-ketua kampung yang dipilih melalui lantikan telah dibubarkan. Satu pemilihan yang lebih adil dan telus telah dilakukan dimana penduduk kampung sendiri yang akan mengundi/memilih ketua kampung mereka. Ini secara tidak langsung dan menterjemahkan gerak-kerja ketua kampung yang lebih telus serta menyeluruh kepada semua penduduk kampung.

Bukti 2:
Segala kemudahan awam di kampung-kampung dan tempat awam telah dibebaskan dariapda cengkaman orang berkepentingan. Balai-balai raya telah menjadi suatu tempat yang bebas digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan fahaman politik yang sebelum ini hanya dikuasai oleh mereka yang berfahaman politik sama dengan parti pemerintah. Perkara ini masih lagi terjadi di negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Bukti 3:
Ketika kerjaan PR mengambil alih pemerintahan, didapati seramai lebih kurang 5000 keluarga yang tergolong dalam kepompong miskin tegar dimana pendapatan kurang RM450. Dalam masa yang sama, atas dasar kerajaan persekutuan pada ketika itu yang hanya melihat keuntungan lebih daripada kebajikan rakyat, kerjaan persekutuan BN telah menaikkan harga minyak ke tahap yang amat tinggi jika mengambil kira, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Kerajaan PR Perak telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada 19000 keluarga yang memiliki pendapatan bulanan kurang daripada RM750.

Bukti 4:
Sebuah kerajaan yang mejoriti rakyatnya adalah melayu, namun tanggungjawab terhadap rakyat bukan melayu tetap terbela. Perak merupakan negeri yang paling banyak kampung baru, iaitu sebanyak 131 kampung baru. Daripada jumlah penduduknya, 80% penduduknya adalah Cina. Mereka tinggal di situ hampir 60 tahun, tetapi tidak diberikan hak milik kekal. Lantaran itu, di bawah pemerintahan kerjaan PR, sebanyak 134 title telah diberikan untuk penduduk kampung baru.

Bukti 5:
Kerajaan Perak sebelum ini dikatakan membela orang Melayu, namun dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya lebih 300 tanah melayu tidak diberikan hak milik kekal sedangkan mereka telah menetap di tanah tersebut dari zaman terdahulu. Namun di bawah kerjaan PR yang dipimpin oleh PAS, sebanyak 324 title tanah telah diberikan kepada penduduk Melayu di tanah kampung tersusun.

Harus diingat tanah-tanah yang telah diberikan title tersebut bukan tanah-tanah baru, namun merupakan tanah-tanah yang telah lama diduduki penduduk namun dinafikan hak mereka sebelum ini.

Ini merupakan antara bukti-bukti yang jelas menunujukkan PAS bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu semata-mata tetapi keapda semua manusia yang berhak untuk mendapat hak mereka. Islam yang menjadi dasar, InsyaALLAH selamanya akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat atas sebab Islam adalah untuk semua orang bukan hanya untuk orang Melayu. Allah yang menciptakan manusia dan alam seluruhnya, maka DIA lah yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik untuk manusia seluruhnya.

Sesungguhnya ALLLAH menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan ALLAH melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Da memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah an-Nahl:90)

Monday, July 6, 2009

Sukaneka PASTI Miri kali Pertama Meriah

Untuk laporan lanjut:

Sukaneka PASTI Miri Meriah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More