This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, February 15, 2009

Event: Usrah Gabungan IMProf Zon Sarawak #1

BINTULU, 15 Feb 2009 – Alhamdulillah hari ini ana diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk bersama-sama berusrah dengan sahabat-sahabat IMProf Sarawak. Diksempatan ini juga, Alhamdulillah turut diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk ana menunaikan tanggungjawab serta amanah ana sebagai YDP IMProf Zon Sarawak bersama-sama sahabat-sahabat IMProf yang lain bagi menyediakan perancangan bagi IMProf Sarawak bagi tahun 2009.

Di dalam sesi usrah yang pengisian disampaikan oleh sahabat ana yang mempraktiskan kehidupan seorang dai’ yang bagi ana dia bukan sekadar mantap bertoeri malah hebat dalam gerak-kerja dan praktikal kerja dakwahnya. Dalam pengisian beliau yang berkisar berkenaan “Prasyarat Kemenangan Dakwah Islamiyyah”.

Di dalam perkongsian beliau antara point-point yang dikongsikan yang menjadi kepada prasyarat kemenangan dakwah islamiyyah adalah:

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah haruslah sentiasa berhati-hati terhadap faktor-faktorkegagalan gerakkan dakwah islamiyyah. Antara faktor-faktor kegagalan tersebut adalah:

1. Pendokong yang tidak layak mendapat pertolongan daripada ALLAH bila mana pendokong gerakan dakwah ini hidupnya jauh daripada melakukan ibadah kepada ALLAH sebaliknya sering berhadapan atau sentiasa lalai dalam hidup dengan melakukan perkara yang sia-sia.

2. Pneggugat usaha gerakan dakwah dan pemerhati tetap. Dalam reality kehidupan dan fitrah gerakan dakwah itu memang tidak ramai yang sanggup menginfakkan masa atau tenaga untuk memastikan berjalannya gerakan dakwah di dalam masyarakat. Situasi ini menwujudkan golongan-golongan yang menghalang secara terus gerakan dakwah atau dengan menjadi pemerhati serta pengkeritik terhadap gerak-kerja yang dilaksanakan oleh pendokong gerakan dakwah.

3. Penguasa yang tidak berfungsi dengan betul bila mana kadang-kadang ada perkara yang diketengahkan oleh gerakan dakwah menganggu-gugat kepentingan golongan-golongan tertentu. Akibat daripada itu penguasa mewujudkan peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang menghalang dakwah sampai kepada masyarakat.

4. Penentang-penentang kepada gerakan dakwah ini kebanyakannya tiada ilmu yang cukup bagi membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah turut harus memastikan dirinya memiliki kelayakan yang sepatutnya bagi menjamin kemengan gerakan dakwah islamiyyah, antaranya:

1. Memiliki kefahaman yang jelas akan dasar perjuangan yang didokonginya itu merupakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH kepada hambanya dan merupakan sunnah serta waris terbesar Rasulullah kepada umat baginda.

2. Watak peribadi yang baik seperti mana yang cuba diketengahkan kepada masyarakat untuk sentiasa memiliki peribadi muslim yang sempurna.

3. Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup. Agama merupakan suatu sistem hidup dan Islam merupakan agama atau sistem hidup yang akan terus terpelihara hingga hari akhirat. Bila mana Islam dijadikan sebagai matlamat utama, InsyaALLAH matlamat dan dasar perjuangan turut akan kekal tanpa ada sifat untuk melompat kepada dasar-dasar perjuangan yang lain.

4. Memiliki keimanan yang teguh merupakan elemen terpenting bagi seorang pendokong gerakan dakwah yang mana dengan keimanan yang teguh ini akan menjadikan pendokong gerakan dakwah itu sentiasa yakin dengan akidah perjuangannya dan sentiasa yakin akan matlamat perjuangannya amat jauh itu.

  • Pendokong-pendokong gerakan dakwah islamiyyah harus menggerakkan beberapa elemen penting di dalam gerakan dakwah islamiyyah itu:

1. Wujudnya ukhwah islamiyyah yang kukuh di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah yang menjamin perpaduan di dalam gerakan dakwah serta mewujudkan wehdatul fiqh (kesyatuan pemikiran) dan wehdatul amal (kesatuan amal).

2. Setiap perkara dasar dan perancangan gerakan dakwah haruslah di musyawarahkan bagi memastikan keberkatan daripada perancangan tersebut.

3. Disiplin di kalangan pendokong-pendokong gerakan dakwah harus dipelihara bagi memastikan setiap perancangan yang dirancang dengan baik dapat dilaksanaka dengan sempurna dengan izin ALLAH.

4. Teguran yang membina di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah amat perlu bagi memastikan segala kekurangan perancangan dan gerak-kerja dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Ana berdoa kepada ALLAH agar perkongsian yang disampaikan oleh sahabat ana ini bukan sahaja menjadi peringatan keapada ana dan sahabat-sahabt IMProf Sarawak bagi memastikan diri kami ini sentiasa menjadi punca kepada kemenangan gerakan dakwah islamiyyah dan bukan menjadi fitnah kepada gerakan dakwah islamiyyah.

Takbir! Takbir! Takbir!

Wednesday, February 11, 2009

Muhasabah Seorang Muslim..

Fitrah kepada kehidupan seorang anak Adam itu memerlukan sesuatu sebagai rujukan dan panduan. Agamalah yang menjadi panduan dan ikutan anak Adam dalam menulusuri kehidupan di muka bumi ini. Persoalannya adalah samada agama yang dianuti itu yang betul ataupun sebaliknya.

Bagi seorang muslim, agama yang kita sama-sama pegang dan anuti adalah agama Islam. Cuma persoalannya sekarang yang perlu kita muhasabahkan kepada diri kita masing-masing, adakah Islam yang kita anuti ini kita anuti atas sebab kedua orang tua kita muslim ataupun kita menggabungkan diri kita ke dalam agama Islam atas sebab keyakinan kita kepada agama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T.?

Persoalan ini yang wajib kita fahami dan selesaikan terlebih dahulu. Sekiranya kita masih lagi ada permasalahan dengan persoalan ini, kita khuatir ibadat kita selama ini sia-sia di sisi ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T.:

”Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan 9ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu pula menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada ALLAH, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong” (Al-Hajj: 78)


Bila mana persolan asas ini selesai dan difahami oleh setiap individu muslim, maka InsyaALLAH dengan sendirinya penggabungan diri seorang muslim itu ke dalam agama Islam bukanlah pebggabungan yang diwarisi dan sebaliknya menjadikan Islam itu sebagai panduan serta sistem kehidupan. Sesuai dengan sebuah nasyid kumpulan Raihan: ”Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa”, tetapi Iman kena didalami dan difahami oleh setiap individu muslim.

Moga-moga bila ada pemahaman yang mutlak berkenaan hakikat kehidupan dan agama sebagai sistem hidup kita tidak akan menjadikan harta-benda itu tuhan kita, kerja itu tuhan kita dan selain dari ALLAH itu tuhan kita. Tetapi sebaliknya ALLAH itu sahaja yang berhak untuk kita sembah dan kita patuh dengan menjadikan Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh. Al-Quran dan Sunnah rasul itu sebagai rujukan utama kita dalam mengurus-tadbirkan kehidupan manusia seluruhnya. InsyaALLAH kita berjaya mentadbir-uruskan kerajaan dunia yang sementara/fana bagi memperoleh mandat yang besar untuk duduk di kerajaan syurga ALLAH yang maha kekal dan maha luas.

Monday, February 9, 2009

Hakikat Kehidupan...

Apa yang kita miliki hari ini dan saat ini adalah hasil daripada keputusan yang kita ambil beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat sebelum ini. Apa yang kita lalui sekarang adalah hasil daripada keputusan serta pertimbangan yang kita lakukan beberapa detik yang lalu. Bijak keputusan dan pertimbangan kita maka eloklah hasil yang kita akan perolehi.

Kehidupan yang sementara di muka bumi ALLAH ini juga merupakan persoalan yang cukup besar untuk kita natijahkan kepada satu keputusan pada akhirnya. ALLAH telah banyak menyatakan di dalam Al-Quran berkenaan akan adanya satu masa manusia akan diadili dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan atau keneraka yang penuh dengan azab. Persoalan atau pilihan ini ALLAH bukan berikan kepada manusia ketika mana mereka berhadapan dengan hari pengadilan tetapi ALLAH yang Maha Adil telah memberikan persoalan dan pilihan itu sejak manusia diciptakan oleh ALLAH.

Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Yassin ayat 69 dan 70:

“(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan”

“Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.”

Persoalan berkenaan kehidupan ini telah dilalui oleh generasi manusia sejak zaman Nabi ALLAH Adam A.S. lagi. Atas sebab itulah turunnya rasul kepada manusia bagi membimbing manusia kearah kehidupan yang direhdai dan dikehendaki ALLAH.

Seorang ilmuan barat pernah menyebut berfikir adalah satu kemahiran yang mesti dipelajari dan dipertajamkan. Andaikata kita diminta untuk memotong sebentuk papan dengan menggunakan gergaji, InsyaALLAH kita akan mampu memotongnya dengan menggunakan gergaji atas sebab mungkin kita pernah melihat orang lain menggunakan gergaji. Hasilnya mungkin tidak lurus, berdekuk-dekuk dan tidak kemas dibandingkan penukang-kayu yang mempraktiskan kaedah pemotongan kayu setiap hari dan memiliki asas pengetahuan yang lebih mendalam.

Tidak akan ada pengetahuan dan ilmu yang mampu menjadi asas yang kukuh bagi manusia dalam proses untuk membuat keputusan dan pilihan sama ada dimasukkan ke syurga atau ke nereka melainkan dengan ISLAM. ISLAM merupakan cara hidup bukan sekadar instrument untuk solat, nikah & kahwin, puasa, zakat, urusan warisan harta, urusan jenazah dan lain-lain. ISLAM satu cara atau system hidup yang mentarbiyyah/mendidik manusia untuk melihat keluasan negeri akhirat berbanding kesempitan negeri dunia dan membebaskan manusia daripada perhambaan semasa mahkluk kepada mentauhidkan ALLAH.

Oleh yang demikian, wajar untuk sama-sama kita fikirkan dan muhasabah sejauh mana kita ini telah benar-benar menjadikan ISLAM itu sebagai sistem kehidupan kita.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More