This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, February 29, 2012

CATATAN KETUA PEMUDA PAS SARAWAK: ZIARAH KE TIRIS, BEKENU



Alhamdulillah pada hari Ahad, 26 Februari 2012 yang lepas saya bersama-sama sahabat-sahabat daripada PAS Kawasan Miri telah mengadakan siri ziarah ke Tiris, Bekenu. Bekenu merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam Bahagian Miri dalam Parlimen Sibuti. Perjalanan daripada Bandaraya Miri ke pecan Bekenu mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kebanyakan penduduk di daerah Bekenu adalah berbangsa Kedayan dan Iban. Sementara Tiris pula terletak lebih kurang 6 kilometer daripada pecan Bekenu.

Kami memulakan perjalan pada hari tersebut pada pukul 2 petang dan kami berhimpun di Masjid Kampung Luak sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah pada petang tersebut ALLAH telah turunkan hujan rahmat mengiringi perjalanan kami tidak seperti hari-hari sebelumnya yang panas. Kami bergerak dengan 2 buah pacuan empat roda dan sebuah MPV Citra. Saya memandu Citra saya untuk pergi ke tempat tujuan kami.

Turut bersama-sama di dalam perjalanan kami ini adalah YDP PAS Kawasan Miri merangkap Timb. Persuruhjaya 3 PAS Sarawak. Kami tidak pergi dengan tangan kosong dengan membawa 50 bungkusan bantuan kebajikan yang seperti biasa kami lakukan. Alhamdulillah perjalanan kami bermula dengan baik walaupun hujan turun sekejap lebat dan sekejap renyai.Kami sampai di simpang pecan Bekenu pada jam 2.40 petang dan kami teruskan perjalan pula ke Tiris.

Pada gambaran awal saya kami boleh sampai ke Tiris sebelum jam 3 petang memandangkan baki perjalanan hanya lebih kurang 6 kilometer. Namun pandangan dan gambaran asal saya jauh meleset. Sebaik sahaja tiba di simpang masuk ke Tiris telah nampak sebuah jalan tanah merah berbatu. Dalam keadaan hujan pada petang tersebut menjadikan perjalanan kami masuk ke Tiris semakin sukar. Jalan tanah merah berbatu ini dipenuhi dengan lopak selepas hujan dan berbukit. Di sesetengah kawasan jalan kami terpaksa melalui jalan di lereng bukit yang curam.

Dalam benak fikiran saya, bagaimana jalan di sebuah kawasan yang terletak dalam sebuah negeri yang telah merdeka lebih 40 tahun, dalam sebuah negeri yang kaya, di dalam bahagian yang menjana sumber pendapatan negeri dan negara masih lagi belum memiliki kemudahan asas yang cukup baik. Akhirnya, Alhamdulillah kami selamat tiba di lokasi tujuan kami pada jam 3.30 petang dalam suasana masih hujan.

Dalam ziarah ini kami telah Berjaya menyampaikan bantuan kebajikan kepada 30 orang penerima bantuan dan bertemu lebih 50 orang dalam suatu majlis ringkas. Dalam perjalan ke tempat program sempat juga kami menyapa dan beramah-mesra den gan penduduk-penduduk kampung yang diduduk di hujung jambatan. Mereka mengatakan itulah rutin hujung minggu mereka, kerana tidak ada kemudahan atau tempat komersial di dalam Tiris sedangkan Tiris antara tempat yang menyumbang kepada sumber pertanian di Bekenu malah untuk pasaran tempatan di Miri.

Menurut tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat program kami pada petang itu, antara masalah utama yang membelenggu penduduk di sekitar Tiris adalah masalah pengambil-alihan tanah temuda atau NCR penduduk asal di sana. Hingga setakat ini terdapat tiga PL atau kawasan tanah yang cuba diambil-alih dan setakat ini satu PL telah digazetkan. Tuan rumah menyebut, memang benar sekarang penduduk kampung telah memiliki tanah masing-masing di kampung masing-masing di Tiris sebagai tempat penginapan mereka. Tetapi ini tanah tersebut hanya untuk satu generasi untuk diwariskan turun temurun. Yang menjadi kerisauan mereka adalah tanah untuk penempatan pada masa dan generasi akan datang selain tanah-tanah terbabit menjadi keperluan penduduk kampung untuk diusahakan sebagai sumber pendapatan melalui pertanian.

Selain masalah tanah yang menjadi ibu segala masalah kebanyakan penduduk asal peribumi Sarawak, masalah lain adalah jalan yang tidak sempurna. Dimaklumkan bahawa jalan yang digunakan sekarang adalah satu-satunya jalan masuk ke Tiris dan merupakan jalan balak sebelum ini. Disebut juga, sebelum pilihanraya negeri yang lepas Kerajaan BN ada menjanjikan untuk membuat jalan baru. Ya, memang ada jalan baru yang cuba dibuka masuk ke Tiris. Yang menjadi masalahnya menurut penduduk kampung adalah kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dimulakan beberapa minggu sebelum pilihanraya negeri yang lepas dan sehingga kini masih lagi tidak nampak apa-apa perubahan daripada kerja-kerja awal tersebut. Sekiranya jalan tersebut dapat disiapkan dalam kadar yang segera memandangkan jaraknya cuma sekitar 3 kilometer ia bakal menjadi satu rahmat dan kemudahan yang amat baik kepada penduduk di Tiris. Namun penduduk di Tiris perlu lebih banyak bersabar kerana selagi BN yang memegang tampuk pemerintahan negeri dan pusat perkara ini akan dijadikan umpan pada setiap kali pilihanraya.

Sebagai rekod, ADUN bagi Lambir iaitu YB En. Ripin Lamat berasal dari Tiris. Sebagai ADUN seharusnya beliau perlu bersama-sama penduduk di Tiris memperjuangkan hak penduduk di sini untuk memiliki sebuah kemudahan jalan yang terbaik. Rasionalnya adalah berliau mempunyai akses kepada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk kemudahan ini sebgai seorang ADUN. Selain itu setiap tahun terdapat empat kali sesi persidangan DUN yang sepatutnya menjadi medan kepada ADUN-ADUN untuk menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Di samping itu, penduduk kampung yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka boleh menjadi seorang usahawan tani yang Berjaya bila mana ada kemudahan yang baik untuk mereka membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.

Itulah hakikat yang berlaku di Sarawak negeri yang saya sayangi, dikurnikan oleh ALLAH dengan hasil bumi yang cukup melimpah ruah, mempunyai tanah yang amat luas dibandingkan kepadatan pendudukan rakyatnya namun masih lagi jauh kebelakang dari segi pembangunan infrastruktur asas seperti jalan, air, elektrik dan sebagainya. Masih lagi masalah-masalah pengambil-alihan tanah rakyat masih lagi kedenganran walaupun tanah di negeri yang amat luas permukaan buminya.

Kesimpulan yang saya ingin sebut di sini adalah kerajaan BN yang selama ini sentiasa mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu membawa pembangunan dan kemudahan kepada rakyat adalah satu pembohongan. Nasib rakyat di Tiris, Bekenu menjadi bukti kepada pembohongan BN ini. Saya menyeru kepada seluruh rakyat di Tiris, Bekenu, Miri dan rakyat Sarawak yang saya kasihi untuk sama-sama melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti kerana Pakatan Rakyat adalah harapan untuk membawa perubahan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan bumi yang bertuah ini.



Mohammad Arifiriazul B Paijo

KETUA PEMUDA PAS SARAWAK

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More