This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, April 26, 2009

Pemangkin Perjuangan di Bumi Miri Bertuah

Walaupun jauh daripada sahabat-sahabat seperjuangan lain yang beada nun jauh di Semenanjung, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di Miri diberikan peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk bertemu dengan salah seorang pimpinan iaitu Dr. Kamaruzaman AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Kebetulan beliau berada di Brunei atas urusan rasmi jamaah. Dalam kesibukan beliau, beliau ada sedikit kesempatan untuk berkunjung ke Miri dan bertemu dengan sahabat-sahabat PAS Kawasan Miri.

Dalam pertemuan yang singkat ini, beliau telah berkongsi mutiara-mutiara ilmu dalam perjuangan sebagai extasy bagi memangkin serta memacu perjuangan ana dan sahabat-sahabat di bumi Miri yang bertuah ini.

Antara perkara yang dikongsikan oleh Dr Kamaruzaman adalah berkenaan fasa-fasa yang perlu ada dalam usaha kita untuk mengetengahkan perjuangan PAS di dalam masyarakat. Dalam manhaj perjuangan harakah Islamiyyah perlu ada tahap-tahap tertentu yang menjadi kitaran perjuangan iaitu manhaj tar'rif, takwin, dan tanfiz. Ini merupakan penekanan yang perlu diterakan di dalam merencana serta menyusun atur strategi perjuangan.

Beliau turut menyarankan agar kepelbagaian uslub dakwah diberi pertimbangan. Anatara ruang lingkup yang perlu diambil perhatian adalah dari aspek kebajikan. Di dalam suasana dan peringkat ta'rif ini penekanan program-program kebajikan amat perlu bagi mewujudkan engagement dengan masyarakat. Anatara isu kebajikan yang perlu dijuarai oleh gerakan islam ialah kes ibu tunggal, remaja bermsalah dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam perjumpaan singkat ini juga, Dr Kamaruzaman turut mengisahkan perihal sirah perjuangan rasulullah yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Makkiyah dan Madaniyyah. Peringkat-peringkat yang tersebut memang telah kita sedia maklum. Yang menjadi persoalan yang dilontarkan oleh Dr Kamruzman kepada kami adalah berapa lamakah peringkat Makkiyah itu akan diaplikasikan di Miri dan bilakah peringkat Madaniyyah akan diaplikasikan di Miri?

Alhamdulillah mutiara-mutiara ilmu perjuangan yang dilontarkan kepada kami amat berharga bagi kami mengisi dan memacu perjuangan di bumi bertuah ini. Saranan dan cabaran yang dilontarkan akan ana dan sahabat-sahabat galas atas dasar perjuangan Islam serta mengembalikan masyarakat kepada sistem kehidupan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.

Event: "Sehari Bersama Nisa'@Piasau Jaya"


Event: Piasau, 26/04/2009 - Alhamdulillah sekali lagi Nisa' bersama-sama sahabat AMAL Miri telah berjaya menganjurkan program "Sehari Bersama Nisa'". Tahun lepas program yang sama yang namanya lain sikit iaitu program "Karnival Jom Santai" namun pengisian dan matlamat program tetap sama. Tahun ini Piasau Jaya telah menjadi lokasi pilihan program.

Beberapa aktiviti yang menjadi pilihan iaitu Forum bertajuk "Wanita: Cantik dan Sihat Menurut Perspektif ISLAM", sukaneka rakyat, pertandingan gubahan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Turut mengisi program adalah pameran, jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma.
"Forum yang dipengerusikan oleh Pn. Bazilah sedang berlangsung"

"Peserta-peserta sukaneka mengambil tempat"

"Adik-adik sedang mewaran. Turut serta adalah pelajar-pelajar PASTI Al-Munawwarah"
"Pemeriksaan kesihatan percuma dijalankan dengan kerjasama pihak hospital"

Alhamdulillah program mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan di sinilah menjadi peluang kepada kita sebagai ahli gerakan ISLAM untuk menjamukan fikrah ISLAM kepada masyarakat melalui perbincangan mengenai pelbagai tajuk yang pelbagai.

Wednesday, April 22, 2009

Event: Muktamar DPPNS Kali Ke-5 (Ke arah Pemerkasaan Gerakan Di Sarawak)


Event: Miri, 19hb April 2009 - Alhamdulillah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak Kali Ke-5 telah berjaya dijalankan. Selaku pengurus panatia lokasi muktamar, sepanjang perjalanan muktamar ana terasa berdebar takut-takut ada masalah yang berlaku. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik hasil kerja keras semua AJK dan berkat doa serta bantuan daripada ALLAH S.W.T..

Seperti yang dijangkakan kehadiran perwakilan untuk tahun ini amat-amat memberangsangkan yang mana lebih 80 orang perwakilan daripada seluruh Sarawak telah berkampung di Miri. Perwakilan yang hadir datang dari seluruh pelusuk Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Ini menunjukkan bukan perkara yang mustahil untuk menggerakkan gerak-kerja dakwah di Bumi Kenyalang ini. Yang penting ada kemahuan atas kefahaman yang dimiliki oleh setiap penggerak.

Perkara dasar yang ditekankan di dalam muktamar tahun ini baik yang disentuh di dalam ucapan dasar Ketua Pemuda DPPNS dan perbahasan-perbahasan daripada perwakilan menyentuh beberapa perkara:
  1. Pengukuhan oraganisasi dari elemen pengurusan dan keupayaan tarbiyyah ahli.
  2. Gerak kerja mengembangkan usaha dakwah di Bumi Kenyalang melalui juzu dakwah, kebajikan & siasah
Apa pun, yang menjadi amanah serta cabaran kepada perwakilan yang hadir adalah bagi merealisasikan segala harapan rakyat Sarawak yang inginkan perubahan di dalam negeri yang kaya dengan hasil bumi ini. Moga-moga seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak dapat bersama-sama dengan saf kepimpinan yang baru untuk merealisasikan perkara ini.

Akhir kalam ana ingin meminjam kata-kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy:

Di Atas Robohan Kota Ini, Akan Ku Bina Jiwa Merdeka

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Sunday, April 12, 2009

Hari Terbuka PASTI Al-Munawwarah


Event: Miri, 11hb April 2009 - Alhamdulillah PASTI Al-Munawwarah, Miri telah berjaya mengadakan program "Rumah Terbuka PASTI" yang pertama. Program yang julun-julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara PASTI dan jiran-jiran PASTI disamping meningkatkan hubungan yang baik di antara AJK PASTI bersama dengan ibubapa PASTI.

Program bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Ramai sahabat-sahabat serta ibubapa PASTI yang hadir. Walaupun hanya 5 orang jiran yang hadir tetapi ini menunjukkan ada ruang dan peluang untuk kita terus meningkatkan usaha dakwah kita lebih jauh melangkaui batasan bangsa dan agama.

Program yang diadakan ini juga menjadi satu menefestasi kepada peranan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyyah/Organisasi Dakwah dan bukan semata-mata berorientasikan siasah/politik semata-mata.

InsyaALLAH pihak pengurusan PASTI Al-Munawwarah akan terus memainkan peranan kami sebagai ejen dakwah di dalam masyarakat selain peranan utama kami bagi melahirkan generasi Malaysia yang hebat untuk masa hadapan Malaysia yang lebih sempurna.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More