Sunday, April 26, 2009

Pemangkin Perjuangan di Bumi Miri Bertuah

Walaupun jauh daripada sahabat-sahabat seperjuangan lain yang beada nun jauh di Semenanjung, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di Miri diberikan peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk bertemu dengan salah seorang pimpinan iaitu Dr. Kamaruzaman AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Kebetulan beliau berada di Brunei atas urusan rasmi jamaah. Dalam kesibukan beliau, beliau ada sedikit kesempatan untuk berkunjung ke Miri dan bertemu dengan sahabat-sahabat PAS Kawasan Miri.

Dalam pertemuan yang singkat ini, beliau telah berkongsi mutiara-mutiara ilmu dalam perjuangan sebagai extasy bagi memangkin serta memacu perjuangan ana dan sahabat-sahabat di bumi Miri yang bertuah ini.

Antara perkara yang dikongsikan oleh Dr Kamaruzaman adalah berkenaan fasa-fasa yang perlu ada dalam usaha kita untuk mengetengahkan perjuangan PAS di dalam masyarakat. Dalam manhaj perjuangan harakah Islamiyyah perlu ada tahap-tahap tertentu yang menjadi kitaran perjuangan iaitu manhaj tar'rif, takwin, dan tanfiz. Ini merupakan penekanan yang perlu diterakan di dalam merencana serta menyusun atur strategi perjuangan.

Beliau turut menyarankan agar kepelbagaian uslub dakwah diberi pertimbangan. Anatara ruang lingkup yang perlu diambil perhatian adalah dari aspek kebajikan. Di dalam suasana dan peringkat ta'rif ini penekanan program-program kebajikan amat perlu bagi mewujudkan engagement dengan masyarakat. Anatara isu kebajikan yang perlu dijuarai oleh gerakan islam ialah kes ibu tunggal, remaja bermsalah dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam perjumpaan singkat ini juga, Dr Kamaruzaman turut mengisahkan perihal sirah perjuangan rasulullah yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Makkiyah dan Madaniyyah. Peringkat-peringkat yang tersebut memang telah kita sedia maklum. Yang menjadi persoalan yang dilontarkan oleh Dr Kamruzman kepada kami adalah berapa lamakah peringkat Makkiyah itu akan diaplikasikan di Miri dan bilakah peringkat Madaniyyah akan diaplikasikan di Miri?

Alhamdulillah mutiara-mutiara ilmu perjuangan yang dilontarkan kepada kami amat berharga bagi kami mengisi dan memacu perjuangan di bumi bertuah ini. Saranan dan cabaran yang dilontarkan akan ana dan sahabat-sahabat galas atas dasar perjuangan Islam serta mengembalikan masyarakat kepada sistem kehidupan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More