Sunday, April 26, 2009

Event: "Sehari Bersama Nisa'@Piasau Jaya"


Event: Piasau, 26/04/2009 - Alhamdulillah sekali lagi Nisa' bersama-sama sahabat AMAL Miri telah berjaya menganjurkan program "Sehari Bersama Nisa'". Tahun lepas program yang sama yang namanya lain sikit iaitu program "Karnival Jom Santai" namun pengisian dan matlamat program tetap sama. Tahun ini Piasau Jaya telah menjadi lokasi pilihan program.

Beberapa aktiviti yang menjadi pilihan iaitu Forum bertajuk "Wanita: Cantik dan Sihat Menurut Perspektif ISLAM", sukaneka rakyat, pertandingan gubahan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Turut mengisi program adalah pameran, jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma.

"Forum yang dipengerusikan oleh Pn. Bazilah sedang berlangsung"

"Peserta-peserta sukaneka mengambil tempat"

"Adik-adik sedang mewaran. Turut serta adalah pelajar-pelajar PASTI Al-Munawwarah"
"Pemeriksaan kesihatan percuma dijalankan dengan kerjasama pihak hospital"

Alhamdulillah program mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan di sinilah menjadi peluang kepada kita sebagai ahli gerakan ISLAM untuk menjamukan fikrah ISLAM kepada masyarakat melalui perbincangan mengenai pelbagai tajuk yang pelbagai.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More