This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, February 29, 2012

CATATAN KETUA PEMUDA PAS SARAWAK: ZIARAH KE TIRIS, BEKENU



Alhamdulillah pada hari Ahad, 26 Februari 2012 yang lepas saya bersama-sama sahabat-sahabat daripada PAS Kawasan Miri telah mengadakan siri ziarah ke Tiris, Bekenu. Bekenu merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam Bahagian Miri dalam Parlimen Sibuti. Perjalanan daripada Bandaraya Miri ke pecan Bekenu mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kebanyakan penduduk di daerah Bekenu adalah berbangsa Kedayan dan Iban. Sementara Tiris pula terletak lebih kurang 6 kilometer daripada pecan Bekenu.

Kami memulakan perjalan pada hari tersebut pada pukul 2 petang dan kami berhimpun di Masjid Kampung Luak sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah pada petang tersebut ALLAH telah turunkan hujan rahmat mengiringi perjalanan kami tidak seperti hari-hari sebelumnya yang panas. Kami bergerak dengan 2 buah pacuan empat roda dan sebuah MPV Citra. Saya memandu Citra saya untuk pergi ke tempat tujuan kami.

Turut bersama-sama di dalam perjalanan kami ini adalah YDP PAS Kawasan Miri merangkap Timb. Persuruhjaya 3 PAS Sarawak. Kami tidak pergi dengan tangan kosong dengan membawa 50 bungkusan bantuan kebajikan yang seperti biasa kami lakukan. Alhamdulillah perjalanan kami bermula dengan baik walaupun hujan turun sekejap lebat dan sekejap renyai.Kami sampai di simpang pecan Bekenu pada jam 2.40 petang dan kami teruskan perjalan pula ke Tiris.

Pada gambaran awal saya kami boleh sampai ke Tiris sebelum jam 3 petang memandangkan baki perjalanan hanya lebih kurang 6 kilometer. Namun pandangan dan gambaran asal saya jauh meleset. Sebaik sahaja tiba di simpang masuk ke Tiris telah nampak sebuah jalan tanah merah berbatu. Dalam keadaan hujan pada petang tersebut menjadikan perjalanan kami masuk ke Tiris semakin sukar. Jalan tanah merah berbatu ini dipenuhi dengan lopak selepas hujan dan berbukit. Di sesetengah kawasan jalan kami terpaksa melalui jalan di lereng bukit yang curam.

Dalam benak fikiran saya, bagaimana jalan di sebuah kawasan yang terletak dalam sebuah negeri yang telah merdeka lebih 40 tahun, dalam sebuah negeri yang kaya, di dalam bahagian yang menjana sumber pendapatan negeri dan negara masih lagi belum memiliki kemudahan asas yang cukup baik. Akhirnya, Alhamdulillah kami selamat tiba di lokasi tujuan kami pada jam 3.30 petang dalam suasana masih hujan.

Dalam ziarah ini kami telah Berjaya menyampaikan bantuan kebajikan kepada 30 orang penerima bantuan dan bertemu lebih 50 orang dalam suatu majlis ringkas. Dalam perjalan ke tempat program sempat juga kami menyapa dan beramah-mesra den gan penduduk-penduduk kampung yang diduduk di hujung jambatan. Mereka mengatakan itulah rutin hujung minggu mereka, kerana tidak ada kemudahan atau tempat komersial di dalam Tiris sedangkan Tiris antara tempat yang menyumbang kepada sumber pertanian di Bekenu malah untuk pasaran tempatan di Miri.

Menurut tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat program kami pada petang itu, antara masalah utama yang membelenggu penduduk di sekitar Tiris adalah masalah pengambil-alihan tanah temuda atau NCR penduduk asal di sana. Hingga setakat ini terdapat tiga PL atau kawasan tanah yang cuba diambil-alih dan setakat ini satu PL telah digazetkan. Tuan rumah menyebut, memang benar sekarang penduduk kampung telah memiliki tanah masing-masing di kampung masing-masing di Tiris sebagai tempat penginapan mereka. Tetapi ini tanah tersebut hanya untuk satu generasi untuk diwariskan turun temurun. Yang menjadi kerisauan mereka adalah tanah untuk penempatan pada masa dan generasi akan datang selain tanah-tanah terbabit menjadi keperluan penduduk kampung untuk diusahakan sebagai sumber pendapatan melalui pertanian.

Selain masalah tanah yang menjadi ibu segala masalah kebanyakan penduduk asal peribumi Sarawak, masalah lain adalah jalan yang tidak sempurna. Dimaklumkan bahawa jalan yang digunakan sekarang adalah satu-satunya jalan masuk ke Tiris dan merupakan jalan balak sebelum ini. Disebut juga, sebelum pilihanraya negeri yang lepas Kerajaan BN ada menjanjikan untuk membuat jalan baru. Ya, memang ada jalan baru yang cuba dibuka masuk ke Tiris. Yang menjadi masalahnya menurut penduduk kampung adalah kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dimulakan beberapa minggu sebelum pilihanraya negeri yang lepas dan sehingga kini masih lagi tidak nampak apa-apa perubahan daripada kerja-kerja awal tersebut. Sekiranya jalan tersebut dapat disiapkan dalam kadar yang segera memandangkan jaraknya cuma sekitar 3 kilometer ia bakal menjadi satu rahmat dan kemudahan yang amat baik kepada penduduk di Tiris. Namun penduduk di Tiris perlu lebih banyak bersabar kerana selagi BN yang memegang tampuk pemerintahan negeri dan pusat perkara ini akan dijadikan umpan pada setiap kali pilihanraya.

Sebagai rekod, ADUN bagi Lambir iaitu YB En. Ripin Lamat berasal dari Tiris. Sebagai ADUN seharusnya beliau perlu bersama-sama penduduk di Tiris memperjuangkan hak penduduk di sini untuk memiliki sebuah kemudahan jalan yang terbaik. Rasionalnya adalah berliau mempunyai akses kepada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk kemudahan ini sebgai seorang ADUN. Selain itu setiap tahun terdapat empat kali sesi persidangan DUN yang sepatutnya menjadi medan kepada ADUN-ADUN untuk menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Di samping itu, penduduk kampung yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka boleh menjadi seorang usahawan tani yang Berjaya bila mana ada kemudahan yang baik untuk mereka membawa hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.

Itulah hakikat yang berlaku di Sarawak negeri yang saya sayangi, dikurnikan oleh ALLAH dengan hasil bumi yang cukup melimpah ruah, mempunyai tanah yang amat luas dibandingkan kepadatan pendudukan rakyatnya namun masih lagi jauh kebelakang dari segi pembangunan infrastruktur asas seperti jalan, air, elektrik dan sebagainya. Masih lagi masalah-masalah pengambil-alihan tanah rakyat masih lagi kedenganran walaupun tanah di negeri yang amat luas permukaan buminya.

Kesimpulan yang saya ingin sebut di sini adalah kerajaan BN yang selama ini sentiasa mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu membawa pembangunan dan kemudahan kepada rakyat adalah satu pembohongan. Nasib rakyat di Tiris, Bekenu menjadi bukti kepada pembohongan BN ini. Saya menyeru kepada seluruh rakyat di Tiris, Bekenu, Miri dan rakyat Sarawak yang saya kasihi untuk sama-sama melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti kerana Pakatan Rakyat adalah harapan untuk membawa perubahan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan bumi yang bertuah ini.



Mohammad Arifiriazul B Paijo

KETUA PEMUDA PAS SARAWAK

Tuesday, November 22, 2011

KEMELUT BN SARAWAK PETANDA PERUBAHAN DALAM PRU KE 13

Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kempimpinan yang amat ketara.
Sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilahan parti akan datang.
Kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak ini merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?
Permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.
Telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihanraya khususnya dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang.
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Pemuda PAS Sarawak & Ketua Penerangan PAS Miri

Saturday, November 12, 2011

ILMU DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Islam merupakan agama thamawi yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. kepada manusia dan Nabi Muhammad S.A.W. merupakan rasul yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. kepada manusia sebagai pembimbing serta rujukan. Perkara yang menjadi asas kepada penganut agama Islam adalah iman dan amal. Iman adalah kepercayaan kita kepada apa jua yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. dan amal pula merupakan ibadah yang wajib serta perlu dilaksanakan bagi membenarkan iman seseorang itu. Bagi memperolehi iman serta amal yang benar perkara yang perlu ada bagi setiap individu muslim itu adalah ilmu. Seperti mana wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Surah Al-‘Alaq ayat 1-5 dengan jelas mewajibkan. Orang yang berilmu juga mendapat pengiktirafan dan kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH S.W.T. seperti yang firmanNYA:

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Definisi Ilmu:

Ilmu dari sudut bahasa berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Dalam konteks zaman peradaban dunia sekarang ilmu lebih merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu perkara atau sesuatu peristiwa. Sementara dari segi istilah pula ilmu merujuk kepada semua pengetahuan atau kebenaran berkenaan sesuatu perkara yang bersumberkan daripada para Rasul yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. serta alam ciptaanNYA yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah. (1)

Di dalam Islam ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain ialah segala macam ilmu untuk mengenal ALLAH S.W.T., mengetahui sifat-sifat ALLAH S.W.T, mengetahui perkara ghaib, mengetahui cara beribadat, halal dan haram, mengetahui ilmu yang berkaitan dengan menjaga hati dan amalan hati, seperti sabar, ikhlas, hasad, ujub, takabur dan sebagainya. Berasaskan inilah para ulama’ menklasifikasikan ilmu kepada ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan ilmu Tasawuf atau lebih kita kenali sebagai imlu Syara’ (2)

Ilmu Fardhu Kifayah pula ialah ilmu yang perlu diketahui untuk keperluan dan keselesaan hidup di dunia. Ilmu Fardhu Kifayah merupakan pelengkap kepada tahap keilmuan ummah selepas ilmu Fardhu Ain. Antara cabang ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu Fardhu Kifayah adalah ilmu perubatan, kejuruteraan, perindusterian, matematik, ekonomi, politik dan lain-lain. Maksud Fardhu Kifayah ialah wajib ada dalam satu kumpulan umat Islam seorang individu muslim yang menuntut ilmu itu dan semua orang dalam kumpulan itu terlepas daripada dosa. Sebaliknya jika tidak ada seorang pun dalam kumpulan itu yang mengetahui ilmu ini, maka semua orang dalam kumpulan itu berdosa (Al-Ghazali, 1988) (2)

Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat maka akan binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengutuh atau pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamad

Adab-adab Menuntut Ilmu:

Adab menuntut ilmu yang pertama adalah menghormati guru. Menjadi kewajiban menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Para penuntut imlu mesti patuh kepada guru walaupun terdapat perbezaan antara guru dan pelajar. Dalam satu riwayat Imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Ulama' terdahulu begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu. Jika tiada perasaan hormat pelajar terhadap guru akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu pembinaan mahabbah yang utuh antara guru dan pelajar akan mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan dan membawa keberkatan terhadap ilmu yang dipelajari.

Adab menuntut ilmu yang kedua adalah menuntut ilmu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.

Adab menuntut ilmu yang ketiga adalah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan. Individu muslim yang menuntu ilmu dalam masa yang sama perlu menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan. Selain itu amalan zikrullah dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran mampu melembut hati manusai kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

“Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". (As-Sof: 5)

Adab menuntut ilmu yang keempat adalah memilih teman yang soleh dan berilmu. Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalamShahihnya, hadis no: 2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam. Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

Adab menuntut ilmu yang kelima adalah beramal dengan segala ilmu yang diperolehi. Para penuntut ilmu perlu mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu olehnya. Ulama’ silam sentiasa member peringatan bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, pengamalan ilmu yang dipelajari itu tidak mampu untuk dilaksanakan.Seperti firman ALLAH S.W.T.

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan” (As-Sof: 2-3)

Kelebihan Menuntut Ilmu:

Kelebihan menuntut ilmu yang pertama adalah melahirkan manusia yang benar-benar taat kepada ALLAH S.W.T.. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan ALLAH S.W.T. dan RasulNya seperti mana yang difirmakan oleh ALLAH S.W.T.:

“Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berilmu)." (Surah al-Fathir: 28)

Daripada maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu perkara adalah berasaskan kefahaman dan penghayatan kepada perkara tersebut dan ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperolehi melainkan dengan ilmu. Tidak dapat dinafikan kedudukan orang berilmu dengan orang yang jahil sememangnya berbeza terutama dari segi pemikaran dan cara bertindak. Maka benarlah firman ALLAH S.W.T. di atas yang menjelaskan bahawa orang yang tahu memanfaatkan akalnya mampu menerima segala pengajaran dan nasihat.

Sesungguhnya,orang yang berilmu bukan saja dihormati dan dikasihi oleh manusia tetapi juga oleh malaikat bahkan oleh seluruh makhluk di dunia ini. Ia dibuktikan oleh nas dan dalil al-Quran dan Hadis yang begitu banyak memperkatakan kelebihan orang yang berilmu.

Secara umumnya, perlu kita sedari bahawa ilmu yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada ilmu yang berkaitan akhirat atau biasa disebut sebagai ilmu agama. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat hari ini sama ada mencakupi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya (3)

Kelebihan kedua yang dimiliki oleh orang yang menuntut ilmu adalah mendapat darjat yang tinggi di sisi ALLAH S.W.T.. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi ALLAH S.W.T. dan masyarakat seperti mana firman ALLAH S.W.T. dalam al-Quran

”ALLAH S.W.T. meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan ALLAH S.W.T. meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangankamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, ALLAH S.W.T. amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan” (al-Mujadalah: 11).

Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama. Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar. Mereka penerus dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkanoleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita diciptakan dan diletakkan di dunia sebagai hamba. Atas sebab itulah ALLAH S.W.T. mengangkat darjat mereka yang berilmu dan dalam masa yang sama menyebarkan kefahaman mereka dalam usaha dakwah yang member manfaat kepada seluruh umat manusia.

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah ALLAH S.W.T. di muka bumi dengan sebaiknya. Sesungguhnya orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya (kedudukannya) di sisi Allah. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Kelebihan ketiga yang dimiliki oleh orang yang menuntut ilmu adalah mendapat keredhaan daripada ALLAH S.W.T.. Seperti mana hadis Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud:

“Ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang Islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari ALLAH S.W.T.. dan 4 golongan tersebut ialah ;

1) Orang yang bertanya

2) Orang yang mengajar

3) Orang yang mendengar

4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.”

Matlamat kehidupan manusia di duni ini adalah bagi mendapat serta memperoleh keredhaan daripada ALLAH S.W.T. kerana sesungguhnya hanya dengan redha ALLAH S.W.T. sahajalah akan meletakkan hamba ALLAH S.W.T. itu sebagai penghuni syurgaNYA. Perkara ini jelas sekali akan difahami oleh ummat Islam bila mana mereka menuntu ilmu yang benar.

Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai ALLAH S.W.T.. Dalam konteks pelajar, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang duniadan akhirat.

Oleh yang demikian bagi ummat Islam yang benar-benar sedar akan matlamat hidup mereka bagi mencari keredhaan ALLAH S.W.T. tidak akan mensia-siakan apa jua peluang untuk menuntu ilmu samada dalam bentuk formal atau pun secara tidak formal.

Kelebihan keempat orang yang berilmu adalah dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama. Sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah:

Dari Muawiyahr.a., dari Nabi S.A.W., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki ALLAH S.W.T. mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang ALLAH S.W.T. jualah yang member dan sebahagian dari umatku ini tetap terus menjalankan agama ALLAH S.W.T., tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah ALLAH S.W.T."(Bukhari dan Muslim)

Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian ALLAH S.W.T. adalah ilmu agama yang telah diwahyukannya kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh ALLAH S.W.T. dengan dua tujuan:

Pertama: - Kerana mengaturkan hubungan manusia sesame manusia dan mengatur hubungan manusia dengan ALLAH S.W.T.. Dengan ilmu agama ini ALLAH S.W.T. mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain – dalam keadaan kasih mesra dan bersih suci dari perasaan hasad dengki.

Kedua – dengan ilmu agama inijuga ALLAH S.W.T. mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.

Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di dunia dan pada hari balasan. Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Maka sesiapa yang ALLAH S.W.T. kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang demikian, nescaya ALLAH S.W.T. jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari ALLAH S.W.T. untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi jasmani serta rohaninya.

Kelebihan menuntut ilmu yang kelima adalah para malaikat bersama mereka dan mendoakan keampunan bagi mereka. Menurut Hadis, Rasulullah S.A.W.:

“Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Abu ad-Darda’ r.a

Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama ALLAH S.W.T. sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. kepada rasul-Nya. Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu. (4)

Kalau orang yang mengajar ilmu, akan didoakan oleh makhluk-makhluk di langit mahupun di bumi (termasuk semut-semut di dalam lubang-lubangnya dan ikan-ikan yang bertebaran di lautan luas), maka orang-orang yang menuntut ilmu, lain pula cara penghormatan yang diterima mereka. Iaitulah mereka dihormati oleh para malaikat dengan malaikat merendahkan sayapnya sebagai tanda memuliakan dan menghormati orang-orang yang menuntut ilmu. Cumanya, Allah tidak membuka hijab kepada kita untuk melihat semua ini. Tetapi kita amat yakin sebab khabar ini datang dari mulut Nabi kita yang mulia yang tidak pernah berbohong sepanjang hidupnya.

Kesimpulan dan penutup:

Jika di teliti kepada kepentingan ilmu dan kelebihan ilmu seperti yang telah dijelasnkan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu. berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muaz menyatakan " ilmu adalah merupakan iman manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)". Di sinilah hubungan dan peranan antara ilmu, iman dan amal yang mana dapat disimpulkan bahawa " Amal tidak akan lahir tanpanya, Iman terhadap allah dan Iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang dapat mendekatkan diri seseorang hambanya kepada ALLAH S.W.T.".

Thursday, October 6, 2011

Jambatan terpanjang adalah Jambatan Asian di Miri?

Jambatan terpanjang adalah Jambatan Asian di Miri?

Di Malaysia seringkali dikatakan bahawa, jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Pulau Pinang. Tetapi saya katakan bahawa jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Asian di Kuala Baram, Miri.

Saya katakan demikian kerana tol bagi setiap pengguna Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya sejauh 15km adalah RM7.50 sementara tol yang dikenakan kepada pengguna Jambatan Asian adalah RM10. Secara logiknya Jambatan Asian ini semestinya lebih dari 15km.

(Jambatan Asian [yang tolnya] mahal giler nak mampus!!!, tulis satu blog foto)

Sedikit informasi berkenaan Jambatan Asian. Jambatan Asian merupakan jambatan yang menghubungkan Kuala Baram menghala ke Miri dan Kuala Baram menghala ke sempadan Malaysia-Brunei. Jambatan ini telah siap dibina pada awal tahun 2000. Jambatan ini merupakan laluan utama menghubungkan Miri, Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah.

Jambatan Asian ini telah di bina oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Shin Yang iaitu sebuah syarikat yang dikatakan sebagai proksi atau kroni kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang. Dalam masa yang sama, syarikat yang sama juga telah membina jambatan yang hamper sama di Sibu iaitu di Lanang.

Tol yang dikenakan kepada pengguna Jambatan Lanang pula hanya RM3. Fakta yang lebih mengejutkan adalah kedua-dua jambatan ini panjangnya adalah hanya lebih kurang 400 meter.

Ini merupakan suatu perkara yang amat menyedihkan dimana projek pembinaan jambatan ini semestinya projek kerajaan untuk rakyat dan seharusnya secara prinsip sesuatu projek itu sudah tentunya ada pembayaran diberikan kepada pihak pemaju daripada kerajaan.
Namun kenapa perlu ada pembayaran tol yang amat tinggi dikenakan kepada pengguna jambatan ini sementara jambatan yang hampir sama yang dibina oleh pemaju yang sama hanya mengenakan tol serendah RM3.

Sekiranya alasan penyelengaraan digunakan, kenapa Jambatan Pulau Pinang yang jauh lebih panjang hanya mengenakan RM7.50 untuk jambatan sepanjang 15km.

Penindasan ini bukan hanya membabitkan membabitkan pengguna jalan yang ingin ke negara jiran malah telah membabitkan penduduk-penduduk yang tinggal di kampong seberang Kuala Baram iaitu Kampung Masjid.

Penduduk kampung terbabit memberitahu bahawa mereka dikenakan tol RM1 untuk penggunaan sehala unutk jambatan terbabit. Jika inign ke pusat bandaraya mereka terpaksa membayar RM2 untuk perjalanan pergi dan balik.


Untuk mendapat kemudahan terbabit, penduduk kampong terpaksa pula berkunjung ke pejabat pemaju terbabit untuk membuat permohonan dengan menggunakan MyKad yang beralamat di kampong tersebut dengan sokongan ketua kampong.


Situasi ini amat merumitkan penduduk kampung sedangkan sebelum ini ketika perkhidmatan feri masih beroperasi penduduk kampung tersbut tidak dikenakan bayaran sekiranya memiliki pas laluan yang disahkan.

Sementara itu, jambatan tersebut akan berhenti beroperasi pada jam 12 tengah malam dan penduduk kampung seolah-olah hidup di dalam penjara dengan jadual perjalanan harian mereka keluar kampung terhenti pada jam 12 tengah malam dan akan hanya bermula pada jam 6 pagi.

Perkara ini benar-benar mengecewakan kita. Pertama, projek pembinaan jambatan ini yang sepatutnya menjadi kemudahan nilai tambah kepada rakyat sebaliknya menjadi projek tambah duit syarikat-syarikat kroni Ketua Menteri.

Rakyat berhak mendapat kemudahan awam dengan bebanan kewangan tambahan yang minima, namun sekarang terpaksa membayar sekali ganda berbanfing sebelumnya ketika perkhidmatan feri digunakan.

Kedua, kita amat risau dengan ketirisan duit rakyat dibawah jagaan pemerintah yang sedia-ada sekarang iaitu Barisan Nasional yang pada asasnya pembayaran terhadap projek terbabit sepatutnya telah diuruskan sebaiknya.

Namun bila mana rakyat terpaksa lagi membayar sejumlah tol yang cukup mahal bagi melalui sebuah jambatan yang hanya panjangnya 400 meter seolah-olah pembayaran untuk projek pembinaan jambatan tersebut hanya melalui pembayaran tol yang dikenakan kepada rakyat.

Ketiga, penduduk di Kampung Muhibah secara khususnya terpaksa menghadapi kesan secara langsung terhadap pembinaan jambatan tersebut.

Kesan yang diterima oleh penduduk di kampung tersebut bukan hanya terpaksa menampung perbelanjaan tambahan bagi pergi ke tempat kerja masing-masing di pusat bandaraya malah terpaksa hidup dalam kepungan di tempat asal sendiri.

Penduduk kampung terpaksa berada di kampung sebelum jam 12 malam dan pernah dikongsikan oleh wakil penduduk kampung bahawa pernah suatu masa, seorang penduduk kampung yang perlu dibawa ke hospital akibat kecemasan kesihatan tidak dapat dibawa ke hospital akibat daripada jambatan yang tidak beroperasi pada ketika itu.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat negeri Sarawak khususnya penduduk di bahagian Miri mendesak pihak kerajaan untuk:


1) Mendedahkan maklumat pembayaran projek pembinaan Jambatan Asian serta kos penyelenggaraannya semenjak ia mula beroperasi

2) Mendedahkan kepada masyarakat umum berkenaan perjanjian berkenaan dengan kutipan tol bagi penggunaan Jambatan Asian, kenapa harga tol yang dikenakan begitu tinggi berbanding tol di Jambatan Lanang dan berapa lamakah konsesi bagi tol Jambatan Asian tersebut?

3) Mengurangkan jumlah kutipan tol bagi penggunaan Jambatan Asian daripada RM10 kepada RM3 seperti mana yang dikenakan terhadap pengguna Jambatan Lanang yang memiliki kepanjangan yang hampir sama dan dibina oleh syarikat yang sama.

Sekali lagi saya menyeru pemerintah kerajaan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional untuk benar-benar melaksankan tanggungjawab dalam menguruskan kekayaan serta hak milik rakyat dengan sebaiknya.

Rakyat pastikan akan bangkit bagi memperbetulkan keadaan dan menghukum kerajaan yang gagal dalam menguruskan kekayaan negeri dan negara yang tercinta ini.

Mohammad Arifiriazul B Paijo,

Ketua Pemuda PAS Sarawak/Ketua Penerangan PAS Miri

Wednesday, November 25, 2009

Permasalahan Ummah...

Assalamualaikum w.h.t. Alhamdulillah akhirnya ada kesempatan untuk membuat entry ke dalam blog ini. Rasanya telah beberapa bulan tidak menulis di dalam blog ini akibat kesibukan kerja dan tuntutan-tuntutan yang lain. Sekarang, sibuk jugak diperkatakan perihal bloging ni, ada yang menjadikan blog sebagai saluran untuk menyalurkan berita yang telus dan perlu diambil perhatian. Namun tidak kurang juga yang menjadikan kemudahan blog ini bagi menyebarkan fitnah dan berusaha untuk memecahkan perpaduan rakyat yang iginkan perubahan yang sekular.

Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi apa yang pernah saya perolehi ketika mana saya masih menuntut di universiti beberapa tahun yang lalu berkenaan satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak yang berkaitan mengenai faktor-faktor yang melemahkan ummah sekarang.

Di dalam pembentangan tersebut antara faktor utama yang dikongsikan oleh mufti Perak adalah (ni yang saya masih ingat lagi la):
  • ISLAM Liberal
Sekarang ini, makin ramai individu-individu yang bertopengkan agama atau organisasi-organisasi yang bertopengkan agama telah berani untuk mempersoalkan hukum syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH di dalam Al-Quran yang sepatutnya menjadi dustur kehidupan manusia. Puak-puak ini bukan sahaja berani mempersoal malah berani untuk meminda hukum-hukum tersebut. Yang boleh kita katakan disini ialah puak-puak ini merupaka jelmaan kepada kafir quraisy yang ada di zaman Rasulullah dulu. Dulu, bangsa arab merupakan bangsa yang berpegang kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim. Namun akibat berpegang kepada nafsu dan menjadikan nafsu sebagai kayu ukur, maka diubah hukum di dalam agama mengikut kehendak nafsu mereka.
  • Pemerintahan Sekular
Sekiranya kita ini orang yang celik sejarah dan rajin untuk membaca tulisan cerdik pandai sejarah dari perspektif ISLAM, maka kita akan kenal apa itu gerakan fremason. Satu gerakan yang diasaskan oleh zionis yahudi bagi melemahkan seluruh umat dunia bukan sahaja umat ISLAM bagi memastikan mereka menguasai dunia dari segenap aspek. Itulah yang berlaku sekarang, semuanya dikuasai oleh yahudi. Bermula dengan revolusi perancis, yang kononnya membawa bangsa eropah keluar daripada kegelapan dan kemunduran akibat penyelewengan pihak gereja di dalam pentadbiran. Revolusi ini telah secara jelas dan selamanya memisahkan pihak gereja atau dalam erti kata lain, agama kristien dari urusan pentadbiran negara. Selesai dengan itu, gerakan zionis yahudi ini telah menyerang pula, eropah timur iaitu rantau balkan (russia) untuk menyingkirkan kristien orodoks dengan menjelmakan komunisme atau fahaman/agama sosialis. Akhir sekali, seteru utama yahudi iaitu ISLAM menjadi sasaran setelah yahudi menguasai seluruh kuasa besar dunia untuk menyerang ISLAM melalui perang dunia pertama. Tanah-tanah umat ISLAM telah diceroboh bukan sahaja dari fizikalnya bahkan dari akidah umat ISLAM telah dirobek dan dijajah. Aqidah ISLAM yang menjadi tali panduan kepada umat ISLAM sebelum ini telah diputuskan dalam keadaan sedar atau pun tidak. Al-Quran yang lengkap yang wajib dipatuhi semada dari aspek kehidupan individu mahupun bermasyarakat dan bernegara telah diasingkan dari kehidupan umat ISLAM. ISLAM yang ada di negara umat ISLAM sekarang ini merupakan ISLAM baru yang asing yang telah dijelmakan oleh orientalis zionis yahudi. SEDARLAH UMMAH KU!!!!
  • Permasalahan Furu'/Cabang
Salah satu cara yang digunakan oleh gabungan kufar untuk menghancurkan dan memecahkan khilafah Islamiyyah Turki Uthmaniah ialah dengan mewujudkan sentiman asabiyyah di kalangan bangsa arab terhadap pemerintahan ISLAM ketika itu yang berbangsa Turki. Perkara bangsa merupakan sesuatu perkara yang teramat kecil jika dibandingkan dengan tuntutan agama ISLAM. Sekarang ini juga, orang sibuk berdebat, berhujah untuk memangkan pendapat mereka dalam hal-hal yang remeh sebagai contoh perihal solat tarawikh, wirid selepas solat, sambutan maulidurrasul dan sebagainya. Bagi saya tiada masalah terhadap orang yang melaksanakan perkara-perkara di atas mahupun yang menegahnya. Namun harus diingat oleh UMMAH KU, bahawa banyak lagi perkara dasar dan perkara pokok yang telah dibida'ahkan oleh ummat kita sekarang ini.

Berhentilah untuk berdebat, bertelingkah akan perkara-perkara yang kecil yang sebenarnya ada kebaikan daripadanya berbanding keburukan. Berdebatlah dan berhujahlah dan berjuanglah untuk membetulkan ummah kita sekarang kepada cara ISLAM yang sebetulnya, sistem kehidupan ISLAM yang menyeluruh.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More