This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, November 25, 2009

Permasalahan Ummah...

Assalamualaikum w.h.t. Alhamdulillah akhirnya ada kesempatan untuk membuat entry ke dalam blog ini. Rasanya telah beberapa bulan tidak menulis di dalam blog ini akibat kesibukan kerja dan tuntutan-tuntutan yang lain. Sekarang, sibuk jugak diperkatakan perihal bloging ni, ada yang menjadikan blog sebagai saluran untuk menyalurkan berita yang telus dan perlu diambil perhatian. Namun tidak kurang juga yang menjadikan kemudahan blog ini bagi menyebarkan fitnah dan berusaha untuk memecahkan perpaduan rakyat yang iginkan perubahan yang sekular.

Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi apa yang pernah saya perolehi ketika mana saya masih menuntut di universiti beberapa tahun yang lalu berkenaan satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak yang berkaitan mengenai faktor-faktor yang melemahkan ummah sekarang.

Di dalam pembentangan tersebut antara faktor utama yang dikongsikan oleh mufti Perak adalah (ni yang saya masih ingat lagi la):
  • ISLAM Liberal
Sekarang ini, makin ramai individu-individu yang bertopengkan agama atau organisasi-organisasi yang bertopengkan agama telah berani untuk mempersoalkan hukum syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH di dalam Al-Quran yang sepatutnya menjadi dustur kehidupan manusia. Puak-puak ini bukan sahaja berani mempersoal malah berani untuk meminda hukum-hukum tersebut. Yang boleh kita katakan disini ialah puak-puak ini merupaka jelmaan kepada kafir quraisy yang ada di zaman Rasulullah dulu. Dulu, bangsa arab merupakan bangsa yang berpegang kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim. Namun akibat berpegang kepada nafsu dan menjadikan nafsu sebagai kayu ukur, maka diubah hukum di dalam agama mengikut kehendak nafsu mereka.
  • Pemerintahan Sekular
Sekiranya kita ini orang yang celik sejarah dan rajin untuk membaca tulisan cerdik pandai sejarah dari perspektif ISLAM, maka kita akan kenal apa itu gerakan fremason. Satu gerakan yang diasaskan oleh zionis yahudi bagi melemahkan seluruh umat dunia bukan sahaja umat ISLAM bagi memastikan mereka menguasai dunia dari segenap aspek. Itulah yang berlaku sekarang, semuanya dikuasai oleh yahudi. Bermula dengan revolusi perancis, yang kononnya membawa bangsa eropah keluar daripada kegelapan dan kemunduran akibat penyelewengan pihak gereja di dalam pentadbiran. Revolusi ini telah secara jelas dan selamanya memisahkan pihak gereja atau dalam erti kata lain, agama kristien dari urusan pentadbiran negara. Selesai dengan itu, gerakan zionis yahudi ini telah menyerang pula, eropah timur iaitu rantau balkan (russia) untuk menyingkirkan kristien orodoks dengan menjelmakan komunisme atau fahaman/agama sosialis. Akhir sekali, seteru utama yahudi iaitu ISLAM menjadi sasaran setelah yahudi menguasai seluruh kuasa besar dunia untuk menyerang ISLAM melalui perang dunia pertama. Tanah-tanah umat ISLAM telah diceroboh bukan sahaja dari fizikalnya bahkan dari akidah umat ISLAM telah dirobek dan dijajah. Aqidah ISLAM yang menjadi tali panduan kepada umat ISLAM sebelum ini telah diputuskan dalam keadaan sedar atau pun tidak. Al-Quran yang lengkap yang wajib dipatuhi semada dari aspek kehidupan individu mahupun bermasyarakat dan bernegara telah diasingkan dari kehidupan umat ISLAM. ISLAM yang ada di negara umat ISLAM sekarang ini merupakan ISLAM baru yang asing yang telah dijelmakan oleh orientalis zionis yahudi. SEDARLAH UMMAH KU!!!!
  • Permasalahan Furu'/Cabang
Salah satu cara yang digunakan oleh gabungan kufar untuk menghancurkan dan memecahkan khilafah Islamiyyah Turki Uthmaniah ialah dengan mewujudkan sentiman asabiyyah di kalangan bangsa arab terhadap pemerintahan ISLAM ketika itu yang berbangsa Turki. Perkara bangsa merupakan sesuatu perkara yang teramat kecil jika dibandingkan dengan tuntutan agama ISLAM. Sekarang ini juga, orang sibuk berdebat, berhujah untuk memangkan pendapat mereka dalam hal-hal yang remeh sebagai contoh perihal solat tarawikh, wirid selepas solat, sambutan maulidurrasul dan sebagainya. Bagi saya tiada masalah terhadap orang yang melaksanakan perkara-perkara di atas mahupun yang menegahnya. Namun harus diingat oleh UMMAH KU, bahawa banyak lagi perkara dasar dan perkara pokok yang telah dibida'ahkan oleh ummat kita sekarang ini.

Berhentilah untuk berdebat, bertelingkah akan perkara-perkara yang kecil yang sebenarnya ada kebaikan daripadanya berbanding keburukan. Berdebatlah dan berhujahlah dan berjuanglah untuk membetulkan ummah kita sekarang kepada cara ISLAM yang sebetulnya, sistem kehidupan ISLAM yang menyeluruh.

Thursday, September 3, 2009

Hari Sukaneka PASTI Miri dalam Harakah


Event: Bekenu, 5hb Julai 2009 – Alhamdulillah PASTI Miri telah berjaya menganjurkan Sukaneka Tahunan PASTI kali Pertama. Sukaneka PASTI ini diadakan sebagai alternatif kepada Hari Sukan PASTI yang belum dapat diadakan tahun ini. Sukaneka Tahunan PASTI kali pertama ini telah diadakana di Pantai Bungai, Bekenu.

Objektif utama penganjuran sukaneka seumpama ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar PASTI, ibubapa dan pengurusan PASTI Miri. Di samping itu penganjuran sukaneka ini juga bertujuan untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di PASTI dan merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak PASTI.

Hampir semua iaitu seramai 12 orang daripada 15 orang pelajar PASTI Al-Munwwarah Miri telah mengambil bahagian di dalam sukaneka ini. Turut mengambil bahagian di dalam sukaneka ini ialah ibubapa pelajar PASTI Al-Munawwarah Miri.

Sukaneka dimulakan dengan nyanyian lagu PASTI yang turut dibimbing oleh guru PASTI sendiri. Sedikit senaman ringan turut dilakuakan yang diketuai oleh Akh Dzaidin merangkap bendehari PASTI Miri. Sukaneka ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu kategori pelajar PASTI dan kategori keluarga.

Bagi kategori pelajar PASTI tiga kumpulan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 4 orang pelajar setiap kumpulan dan telah dimenangi oleh kumpulan 2. Sementara untuk kategori keluarga pula dimenangi oleh keluarga En. Adhan iaitu keluarga kepada adik Razig.

Selepas selesai akiviti sukaneka, semua hadirin yang terlibat telah menjamu selera. Menu yang menjadi pilihan ialah ikan panggang, ayam panggang, gulai sayur dan ulam. Bacaan doa makan pula telah diketuai oleh salah seorang pelajar PASTI Al-Munawwarah.

Penganjuran sukaneka telah mencapai objektif yang telah disasarkan di samping sebagai salah satu cara untuk mempromosikan PASTI kepada masyarakat umum. Moga-moga usaha kita diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Sunday, July 26, 2009

Dilema Pengundi - Siri 1: Jom Undi

Setiap kali pilihanraya muncul kita terpaku memikirkan apakah yang berlaku dalam senario politik Malaysia. Adakah ini sandiwara ulangan setiap 5 tahun di mana pengndi hanya diberi watak sebagai pelakon tambahan yang mengikut skrip lakonan politik yang sedia ada selama 50 tahun lebih. Namun bicara nasional dan laungan kerajaan sering sahaja mengulang yang Malaysia Negara demokratik yang bebas tetapi ini cuma pidato politik kerajaan!

Haruskah kita biarkan ini berterusan?!

Waktunya sekarang. Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi harus menetukan siapa yang berhak menerajui kerajaan Malaysia. Jangan mudah terpedaya. Jangan mudah takut. Jangan mudah putus asa.

Kuasa di tangan kita masih lagi wujud. Faham hak kita sebagai pengundi dan kembalikan demokrasi tulen ke arena politik Malaysia.

JANGAN ABAIKAN PERANAN & HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Friday, July 24, 2009

PAS Untuk Semua

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan salah satu gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi ini selepas runtuhnya khalifah Islam terakhir. Cetusan daripada gerakan Almarhum Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang menggerakkan ummat Islam untuk bangkit bagi mengembalikan keadalian Islam di atas muka bumi ini.

Dasar perjuangan PAS adalah tetap sama dari mula penubuhannya sehingga ke hari ini iaitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ringkasnya PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. Islam diturunkan oleh Allah pencipta alam semesta dan tiada keraguaan di dalamnya yang akan memberikan keadilan kepada manusia sejagat. Ini bukan retorik atau janji kosong daripada PAS dalam menterjemahkan dasar perjuangannya.

Antara bukti yang jelas yang penulis boleh ketengahkan adalah apa yang telah dilaksanakan di negeri Perak. Dalam keadaan PAS diberi kepercayaan oleh rakan-rakan di Pakatan Rakyat untuk menjadi menteri besar. Dalam keadaan exco-exco yang terdiri daripada pelbagai lapisan serta latar-belakang politik namun keadailan dan nilai-nilai pemerintahan Islam dapat diterjemahkan.

Bukti 1:
Di awal pemerintahan, ketua-ketua kampung yang dipilih melalui lantikan telah dibubarkan. Satu pemilihan yang lebih adil dan telus telah dilakukan dimana penduduk kampung sendiri yang akan mengundi/memilih ketua kampung mereka. Ini secara tidak langsung dan menterjemahkan gerak-kerja ketua kampung yang lebih telus serta menyeluruh kepada semua penduduk kampung.

Bukti 2:
Segala kemudahan awam di kampung-kampung dan tempat awam telah dibebaskan dariapda cengkaman orang berkepentingan. Balai-balai raya telah menjadi suatu tempat yang bebas digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan fahaman politik yang sebelum ini hanya dikuasai oleh mereka yang berfahaman politik sama dengan parti pemerintah. Perkara ini masih lagi terjadi di negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Bukti 3:
Ketika kerjaan PR mengambil alih pemerintahan, didapati seramai lebih kurang 5000 keluarga yang tergolong dalam kepompong miskin tegar dimana pendapatan kurang RM450. Dalam masa yang sama, atas dasar kerajaan persekutuan pada ketika itu yang hanya melihat keuntungan lebih daripada kebajikan rakyat, kerjaan persekutuan BN telah menaikkan harga minyak ke tahap yang amat tinggi jika mengambil kira, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Kerajaan PR Perak telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada 19000 keluarga yang memiliki pendapatan bulanan kurang daripada RM750.

Bukti 4:
Sebuah kerajaan yang mejoriti rakyatnya adalah melayu, namun tanggungjawab terhadap rakyat bukan melayu tetap terbela. Perak merupakan negeri yang paling banyak kampung baru, iaitu sebanyak 131 kampung baru. Daripada jumlah penduduknya, 80% penduduknya adalah Cina. Mereka tinggal di situ hampir 60 tahun, tetapi tidak diberikan hak milik kekal. Lantaran itu, di bawah pemerintahan kerjaan PR, sebanyak 134 title telah diberikan untuk penduduk kampung baru.

Bukti 5:
Kerajaan Perak sebelum ini dikatakan membela orang Melayu, namun dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya lebih 300 tanah melayu tidak diberikan hak milik kekal sedangkan mereka telah menetap di tanah tersebut dari zaman terdahulu. Namun di bawah kerjaan PR yang dipimpin oleh PAS, sebanyak 324 title tanah telah diberikan kepada penduduk Melayu di tanah kampung tersusun.

Harus diingat tanah-tanah yang telah diberikan title tersebut bukan tanah-tanah baru, namun merupakan tanah-tanah yang telah lama diduduki penduduk namun dinafikan hak mereka sebelum ini.

Ini merupakan antara bukti-bukti yang jelas menunujukkan PAS bukan hanya menjaga kepentingan orang Melayu semata-mata tetapi keapda semua manusia yang berhak untuk mendapat hak mereka. Islam yang menjadi dasar, InsyaALLAH selamanya akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat atas sebab Islam adalah untuk semua orang bukan hanya untuk orang Melayu. Allah yang menciptakan manusia dan alam seluruhnya, maka DIA lah yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik untuk manusia seluruhnya.

Sesungguhnya ALLLAH menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan ALLAH melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Da memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Surah an-Nahl:90)

Monday, July 6, 2009

Sukaneka PASTI Miri kali Pertama Meriah

Untuk laporan lanjut:

Sukaneka PASTI Miri Meriah

Thursday, June 11, 2009

H1N1 Amaran ALLAH S.W.T. & Ilmu ALLAH S.W.T.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.”
(al-An’am, 6:145)

Bahagian pertama adalah firman-Nya: “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya…” ini merujuk kepada hukum asal sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, bahawa segala sesuatu adalah halal dan suci untuk dimakan.

Bahagian kedua mengecualikan keumuman Bahagian Pertama di atas: “…melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” Berdasarkan pengecualian ini, dapat diketahui bahawa yang tidak suci dan tidak halal daripada khinzir hanyalah memakan dagingnya.

Dengan itu diulangi bahawa khinzir adalah baik dan bermanfaat bagi manusia kecuali dagingnya dimana ia adalah tidak suci dan tidak halal untuk dimakan. Para ilmuan telah meluaskan erti “daging khinzir” kepada seluruh anggota dan organ khinzir. Oleh itu kita dilarang daripada memakan atau menjadikan bahan pemakanan apa-apa yang berasal daripada khinzir.


ALLAH S.W.T. yang telah menciptakan manusia dan setiap mahkluk yang ada di atas muka bumi ini. Atas sebab yang itulah hanya ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk setiap mahkluknya. Jika kita renung kehebatan ciptaan ALLAH, sebagai contoh gigi yang ada pada tubuh kita. Hebatnya ALLAH menetapkan undang-undang pada gigi supaya ia tidak terus tumbuh di dalam mulut kita dan akan berhenti daripada terus membesar apabila sampai pada tahapnya.

Oleh yang demikian, janganlah kita manusia menjadi mahkluk yang sombong, samseng dan bonkak kepada ALLAH apabila kita menolak hukum-hukum serta undang-undang yang telah ALLAH tetapkan pada manusia.

KEMBALIKAN HAK ALLAH S.W.T. DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA SECARA TOTAL

Thursday, May 21, 2009

Kisah Tanah Sebagai Renungan...

Sebuah kisah yang patut menjadi tauladan dan peringatan kepada kita semua. Ada seorang perempuan tua, tiada tempat untuk berteduh, tiada harta kepunyaan untuk dijadikan tempat berlindung. Lalu di dalam sebuah kawasan tanah yang luas, dia mendirikan sebuah pondok yang kecil bagi tempat perteduhannya untuk dia meneruskan hidup dan beramal soleh. Tanah tersebut dimiliki oleh seorang kaya.

Tuan tanah tersebut melihat akan terdirinya sebuah pondok buruk di atas tanahnya yang luas tersebut. Direnung dan dilihat oleh tuan tanah tersebut akan sekujur tubuh tua yang mendiami pondok buruk yang didirikan di atsa tanahnya yang luas itu.

Pasa suata hari, perempuan tua tersebut keluar dari rumah seperti biasa bagi mencari rezeki. Pada hari yang sama juga, tuan tanah yang kaya tersebut telah mengarahkan orang-orangnya untuk merobohkan pondok buruk perempuan tua tersebut. Sekembalinya perempuan tua tersebut dari mencari rezeki, dia terkejut melihat pondoknya telah dirobohkan lalu terdekit di dalam hatinya, "YA ALLAH, kenapa KAU tidak menjaga rumahku ketika aku tiada di rumah tadi YA ALLAH". ALLAH mendengar rintihan hati perempuan tua tersebut lalu pada malam hari yang sama, ALLAH telah menghantar ribut meranapkan rumah tuan tanah yang kaya tersebut.

Pengajaran daripada peristiwa ini:
  • Doa orang yang terainaya dan dizalimi amat mudah dimakbulkan oleh ALLAH. Jika tidak serta merta, ALLAH tangguh balasan kepada orang yang mengainaya di akhirat.
  • Tanah di dunia ini, pemilik yang mutlak hanyalah ALLAH. Kita manusia hanya diamanahkan untuk menjaga tanah tersebut.
Maka janganlah menzalimi orang yang tiada upaya sekiranya kita rasa kita kuat, janganlah kita sombong dengan harta milikan yang sementara yang ALLAH pinjamkan dan janganlah kita merampas tanah orang lain yang menjadi tempat mereka untuk berlindung.

Sunday, April 26, 2009

Pemangkin Perjuangan di Bumi Miri Bertuah

Walaupun jauh daripada sahabat-sahabat seperjuangan lain yang beada nun jauh di Semenanjung, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di Miri diberikan peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk bertemu dengan salah seorang pimpinan iaitu Dr. Kamaruzaman AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Kebetulan beliau berada di Brunei atas urusan rasmi jamaah. Dalam kesibukan beliau, beliau ada sedikit kesempatan untuk berkunjung ke Miri dan bertemu dengan sahabat-sahabat PAS Kawasan Miri.

Dalam pertemuan yang singkat ini, beliau telah berkongsi mutiara-mutiara ilmu dalam perjuangan sebagai extasy bagi memangkin serta memacu perjuangan ana dan sahabat-sahabat di bumi Miri yang bertuah ini.

Antara perkara yang dikongsikan oleh Dr Kamaruzaman adalah berkenaan fasa-fasa yang perlu ada dalam usaha kita untuk mengetengahkan perjuangan PAS di dalam masyarakat. Dalam manhaj perjuangan harakah Islamiyyah perlu ada tahap-tahap tertentu yang menjadi kitaran perjuangan iaitu manhaj tar'rif, takwin, dan tanfiz. Ini merupakan penekanan yang perlu diterakan di dalam merencana serta menyusun atur strategi perjuangan.

Beliau turut menyarankan agar kepelbagaian uslub dakwah diberi pertimbangan. Anatara ruang lingkup yang perlu diambil perhatian adalah dari aspek kebajikan. Di dalam suasana dan peringkat ta'rif ini penekanan program-program kebajikan amat perlu bagi mewujudkan engagement dengan masyarakat. Anatara isu kebajikan yang perlu dijuarai oleh gerakan islam ialah kes ibu tunggal, remaja bermsalah dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam perjumpaan singkat ini juga, Dr Kamaruzaman turut mengisahkan perihal sirah perjuangan rasulullah yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Makkiyah dan Madaniyyah. Peringkat-peringkat yang tersebut memang telah kita sedia maklum. Yang menjadi persoalan yang dilontarkan oleh Dr Kamruzman kepada kami adalah berapa lamakah peringkat Makkiyah itu akan diaplikasikan di Miri dan bilakah peringkat Madaniyyah akan diaplikasikan di Miri?

Alhamdulillah mutiara-mutiara ilmu perjuangan yang dilontarkan kepada kami amat berharga bagi kami mengisi dan memacu perjuangan di bumi bertuah ini. Saranan dan cabaran yang dilontarkan akan ana dan sahabat-sahabat galas atas dasar perjuangan Islam serta mengembalikan masyarakat kepada sistem kehidupan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.

Event: "Sehari Bersama Nisa'@Piasau Jaya"


Event: Piasau, 26/04/2009 - Alhamdulillah sekali lagi Nisa' bersama-sama sahabat AMAL Miri telah berjaya menganjurkan program "Sehari Bersama Nisa'". Tahun lepas program yang sama yang namanya lain sikit iaitu program "Karnival Jom Santai" namun pengisian dan matlamat program tetap sama. Tahun ini Piasau Jaya telah menjadi lokasi pilihan program.

Beberapa aktiviti yang menjadi pilihan iaitu Forum bertajuk "Wanita: Cantik dan Sihat Menurut Perspektif ISLAM", sukaneka rakyat, pertandingan gubahan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Turut mengisi program adalah pameran, jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma.
"Forum yang dipengerusikan oleh Pn. Bazilah sedang berlangsung"

"Peserta-peserta sukaneka mengambil tempat"

"Adik-adik sedang mewaran. Turut serta adalah pelajar-pelajar PASTI Al-Munawwarah"
"Pemeriksaan kesihatan percuma dijalankan dengan kerjasama pihak hospital"

Alhamdulillah program mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dan di sinilah menjadi peluang kepada kita sebagai ahli gerakan ISLAM untuk menjamukan fikrah ISLAM kepada masyarakat melalui perbincangan mengenai pelbagai tajuk yang pelbagai.

Wednesday, April 22, 2009

Event: Muktamar DPPNS Kali Ke-5 (Ke arah Pemerkasaan Gerakan Di Sarawak)


Event: Miri, 19hb April 2009 - Alhamdulillah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak Kali Ke-5 telah berjaya dijalankan. Selaku pengurus panatia lokasi muktamar, sepanjang perjalanan muktamar ana terasa berdebar takut-takut ada masalah yang berlaku. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik hasil kerja keras semua AJK dan berkat doa serta bantuan daripada ALLAH S.W.T..

Seperti yang dijangkakan kehadiran perwakilan untuk tahun ini amat-amat memberangsangkan yang mana lebih 80 orang perwakilan daripada seluruh Sarawak telah berkampung di Miri. Perwakilan yang hadir datang dari seluruh pelusuk Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Ini menunjukkan bukan perkara yang mustahil untuk menggerakkan gerak-kerja dakwah di Bumi Kenyalang ini. Yang penting ada kemahuan atas kefahaman yang dimiliki oleh setiap penggerak.

Perkara dasar yang ditekankan di dalam muktamar tahun ini baik yang disentuh di dalam ucapan dasar Ketua Pemuda DPPNS dan perbahasan-perbahasan daripada perwakilan menyentuh beberapa perkara:
  1. Pengukuhan oraganisasi dari elemen pengurusan dan keupayaan tarbiyyah ahli.
  2. Gerak kerja mengembangkan usaha dakwah di Bumi Kenyalang melalui juzu dakwah, kebajikan & siasah
Apa pun, yang menjadi amanah serta cabaran kepada perwakilan yang hadir adalah bagi merealisasikan segala harapan rakyat Sarawak yang inginkan perubahan di dalam negeri yang kaya dengan hasil bumi ini. Moga-moga seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak dapat bersama-sama dengan saf kepimpinan yang baru untuk merealisasikan perkara ini.

Akhir kalam ana ingin meminjam kata-kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy:

Di Atas Robohan Kota Ini, Akan Ku Bina Jiwa Merdeka

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Sunday, April 12, 2009

Hari Terbuka PASTI Al-Munawwarah


Event: Miri, 11hb April 2009 - Alhamdulillah PASTI Al-Munawwarah, Miri telah berjaya mengadakan program "Rumah Terbuka PASTI" yang pertama. Program yang julun-julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara PASTI dan jiran-jiran PASTI disamping meningkatkan hubungan yang baik di antara AJK PASTI bersama dengan ibubapa PASTI.

Program bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Ramai sahabat-sahabat serta ibubapa PASTI yang hadir. Walaupun hanya 5 orang jiran yang hadir tetapi ini menunjukkan ada ruang dan peluang untuk kita terus meningkatkan usaha dakwah kita lebih jauh melangkaui batasan bangsa dan agama.

Program yang diadakan ini juga menjadi satu menefestasi kepada peranan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyyah/Organisasi Dakwah dan bukan semata-mata berorientasikan siasah/politik semata-mata.

InsyaALLAH pihak pengurusan PASTI Al-Munawwarah akan terus memainkan peranan kami sebagai ejen dakwah di dalam masyarakat selain peranan utama kami bagi melahirkan generasi Malaysia yang hebat untuk masa hadapan Malaysia yang lebih sempurna.

Sunday, February 15, 2009

Event: Usrah Gabungan IMProf Zon Sarawak #1

BINTULU, 15 Feb 2009 – Alhamdulillah hari ini ana diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk bersama-sama berusrah dengan sahabat-sahabat IMProf Sarawak. Diksempatan ini juga, Alhamdulillah turut diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk ana menunaikan tanggungjawab serta amanah ana sebagai YDP IMProf Zon Sarawak bersama-sama sahabat-sahabat IMProf yang lain bagi menyediakan perancangan bagi IMProf Sarawak bagi tahun 2009.

Di dalam sesi usrah yang pengisian disampaikan oleh sahabat ana yang mempraktiskan kehidupan seorang dai’ yang bagi ana dia bukan sekadar mantap bertoeri malah hebat dalam gerak-kerja dan praktikal kerja dakwahnya. Dalam pengisian beliau yang berkisar berkenaan “Prasyarat Kemenangan Dakwah Islamiyyah”.

Di dalam perkongsian beliau antara point-point yang dikongsikan yang menjadi kepada prasyarat kemenangan dakwah islamiyyah adalah:

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah haruslah sentiasa berhati-hati terhadap faktor-faktorkegagalan gerakkan dakwah islamiyyah. Antara faktor-faktor kegagalan tersebut adalah:

1. Pendokong yang tidak layak mendapat pertolongan daripada ALLAH bila mana pendokong gerakan dakwah ini hidupnya jauh daripada melakukan ibadah kepada ALLAH sebaliknya sering berhadapan atau sentiasa lalai dalam hidup dengan melakukan perkara yang sia-sia.

2. Pneggugat usaha gerakan dakwah dan pemerhati tetap. Dalam reality kehidupan dan fitrah gerakan dakwah itu memang tidak ramai yang sanggup menginfakkan masa atau tenaga untuk memastikan berjalannya gerakan dakwah di dalam masyarakat. Situasi ini menwujudkan golongan-golongan yang menghalang secara terus gerakan dakwah atau dengan menjadi pemerhati serta pengkeritik terhadap gerak-kerja yang dilaksanakan oleh pendokong gerakan dakwah.

3. Penguasa yang tidak berfungsi dengan betul bila mana kadang-kadang ada perkara yang diketengahkan oleh gerakan dakwah menganggu-gugat kepentingan golongan-golongan tertentu. Akibat daripada itu penguasa mewujudkan peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang menghalang dakwah sampai kepada masyarakat.

4. Penentang-penentang kepada gerakan dakwah ini kebanyakannya tiada ilmu yang cukup bagi membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah turut harus memastikan dirinya memiliki kelayakan yang sepatutnya bagi menjamin kemengan gerakan dakwah islamiyyah, antaranya:

1. Memiliki kefahaman yang jelas akan dasar perjuangan yang didokonginya itu merupakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH kepada hambanya dan merupakan sunnah serta waris terbesar Rasulullah kepada umat baginda.

2. Watak peribadi yang baik seperti mana yang cuba diketengahkan kepada masyarakat untuk sentiasa memiliki peribadi muslim yang sempurna.

3. Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup. Agama merupakan suatu sistem hidup dan Islam merupakan agama atau sistem hidup yang akan terus terpelihara hingga hari akhirat. Bila mana Islam dijadikan sebagai matlamat utama, InsyaALLAH matlamat dan dasar perjuangan turut akan kekal tanpa ada sifat untuk melompat kepada dasar-dasar perjuangan yang lain.

4. Memiliki keimanan yang teguh merupakan elemen terpenting bagi seorang pendokong gerakan dakwah yang mana dengan keimanan yang teguh ini akan menjadikan pendokong gerakan dakwah itu sentiasa yakin dengan akidah perjuangannya dan sentiasa yakin akan matlamat perjuangannya amat jauh itu.

  • Pendokong-pendokong gerakan dakwah islamiyyah harus menggerakkan beberapa elemen penting di dalam gerakan dakwah islamiyyah itu:

1. Wujudnya ukhwah islamiyyah yang kukuh di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah yang menjamin perpaduan di dalam gerakan dakwah serta mewujudkan wehdatul fiqh (kesyatuan pemikiran) dan wehdatul amal (kesatuan amal).

2. Setiap perkara dasar dan perancangan gerakan dakwah haruslah di musyawarahkan bagi memastikan keberkatan daripada perancangan tersebut.

3. Disiplin di kalangan pendokong-pendokong gerakan dakwah harus dipelihara bagi memastikan setiap perancangan yang dirancang dengan baik dapat dilaksanaka dengan sempurna dengan izin ALLAH.

4. Teguran yang membina di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah amat perlu bagi memastikan segala kekurangan perancangan dan gerak-kerja dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Ana berdoa kepada ALLAH agar perkongsian yang disampaikan oleh sahabat ana ini bukan sahaja menjadi peringatan keapada ana dan sahabat-sahabt IMProf Sarawak bagi memastikan diri kami ini sentiasa menjadi punca kepada kemenangan gerakan dakwah islamiyyah dan bukan menjadi fitnah kepada gerakan dakwah islamiyyah.

Takbir! Takbir! Takbir!

Wednesday, February 11, 2009

Muhasabah Seorang Muslim..

Fitrah kepada kehidupan seorang anak Adam itu memerlukan sesuatu sebagai rujukan dan panduan. Agamalah yang menjadi panduan dan ikutan anak Adam dalam menulusuri kehidupan di muka bumi ini. Persoalannya adalah samada agama yang dianuti itu yang betul ataupun sebaliknya.

Bagi seorang muslim, agama yang kita sama-sama pegang dan anuti adalah agama Islam. Cuma persoalannya sekarang yang perlu kita muhasabahkan kepada diri kita masing-masing, adakah Islam yang kita anuti ini kita anuti atas sebab kedua orang tua kita muslim ataupun kita menggabungkan diri kita ke dalam agama Islam atas sebab keyakinan kita kepada agama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T.?

Persoalan ini yang wajib kita fahami dan selesaikan terlebih dahulu. Sekiranya kita masih lagi ada permasalahan dengan persoalan ini, kita khuatir ibadat kita selama ini sia-sia di sisi ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T.:

”Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan 9ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu pula menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada ALLAH, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong” (Al-Hajj: 78)


Bila mana persolan asas ini selesai dan difahami oleh setiap individu muslim, maka InsyaALLAH dengan sendirinya penggabungan diri seorang muslim itu ke dalam agama Islam bukanlah pebggabungan yang diwarisi dan sebaliknya menjadikan Islam itu sebagai panduan serta sistem kehidupan. Sesuai dengan sebuah nasyid kumpulan Raihan: ”Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa”, tetapi Iman kena didalami dan difahami oleh setiap individu muslim.

Moga-moga bila ada pemahaman yang mutlak berkenaan hakikat kehidupan dan agama sebagai sistem hidup kita tidak akan menjadikan harta-benda itu tuhan kita, kerja itu tuhan kita dan selain dari ALLAH itu tuhan kita. Tetapi sebaliknya ALLAH itu sahaja yang berhak untuk kita sembah dan kita patuh dengan menjadikan Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh. Al-Quran dan Sunnah rasul itu sebagai rujukan utama kita dalam mengurus-tadbirkan kehidupan manusia seluruhnya. InsyaALLAH kita berjaya mentadbir-uruskan kerajaan dunia yang sementara/fana bagi memperoleh mandat yang besar untuk duduk di kerajaan syurga ALLAH yang maha kekal dan maha luas.

Monday, February 9, 2009

Hakikat Kehidupan...

Apa yang kita miliki hari ini dan saat ini adalah hasil daripada keputusan yang kita ambil beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat sebelum ini. Apa yang kita lalui sekarang adalah hasil daripada keputusan serta pertimbangan yang kita lakukan beberapa detik yang lalu. Bijak keputusan dan pertimbangan kita maka eloklah hasil yang kita akan perolehi.

Kehidupan yang sementara di muka bumi ALLAH ini juga merupakan persoalan yang cukup besar untuk kita natijahkan kepada satu keputusan pada akhirnya. ALLAH telah banyak menyatakan di dalam Al-Quran berkenaan akan adanya satu masa manusia akan diadili dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan atau keneraka yang penuh dengan azab. Persoalan atau pilihan ini ALLAH bukan berikan kepada manusia ketika mana mereka berhadapan dengan hari pengadilan tetapi ALLAH yang Maha Adil telah memberikan persoalan dan pilihan itu sejak manusia diciptakan oleh ALLAH.

Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Yassin ayat 69 dan 70:

“(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan”

“Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.”

Persoalan berkenaan kehidupan ini telah dilalui oleh generasi manusia sejak zaman Nabi ALLAH Adam A.S. lagi. Atas sebab itulah turunnya rasul kepada manusia bagi membimbing manusia kearah kehidupan yang direhdai dan dikehendaki ALLAH.

Seorang ilmuan barat pernah menyebut berfikir adalah satu kemahiran yang mesti dipelajari dan dipertajamkan. Andaikata kita diminta untuk memotong sebentuk papan dengan menggunakan gergaji, InsyaALLAH kita akan mampu memotongnya dengan menggunakan gergaji atas sebab mungkin kita pernah melihat orang lain menggunakan gergaji. Hasilnya mungkin tidak lurus, berdekuk-dekuk dan tidak kemas dibandingkan penukang-kayu yang mempraktiskan kaedah pemotongan kayu setiap hari dan memiliki asas pengetahuan yang lebih mendalam.

Tidak akan ada pengetahuan dan ilmu yang mampu menjadi asas yang kukuh bagi manusia dalam proses untuk membuat keputusan dan pilihan sama ada dimasukkan ke syurga atau ke nereka melainkan dengan ISLAM. ISLAM merupakan cara hidup bukan sekadar instrument untuk solat, nikah & kahwin, puasa, zakat, urusan warisan harta, urusan jenazah dan lain-lain. ISLAM satu cara atau system hidup yang mentarbiyyah/mendidik manusia untuk melihat keluasan negeri akhirat berbanding kesempitan negeri dunia dan membebaskan manusia daripada perhambaan semasa mahkluk kepada mentauhidkan ALLAH.

Oleh yang demikian, wajar untuk sama-sama kita fikirkan dan muhasabah sejauh mana kita ini telah benar-benar menjadikan ISLAM itu sebagai sistem kehidupan kita.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More