Sunday, February 15, 2009

Event: Usrah Gabungan IMProf Zon Sarawak #1

BINTULU, 15 Feb 2009 – Alhamdulillah hari ini ana diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk bersama-sama berusrah dengan sahabat-sahabat IMProf Sarawak. Diksempatan ini juga, Alhamdulillah turut diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk ana menunaikan tanggungjawab serta amanah ana sebagai YDP IMProf Zon Sarawak bersama-sama sahabat-sahabat IMProf yang lain bagi menyediakan perancangan bagi IMProf Sarawak bagi tahun 2009.

Di dalam sesi usrah yang pengisian disampaikan oleh sahabat ana yang mempraktiskan kehidupan seorang dai’ yang bagi ana dia bukan sekadar mantap bertoeri malah hebat dalam gerak-kerja dan praktikal kerja dakwahnya. Dalam pengisian beliau yang berkisar berkenaan “Prasyarat Kemenangan Dakwah Islamiyyah”.

Di dalam perkongsian beliau antara point-point yang dikongsikan yang menjadi kepada prasyarat kemenangan dakwah islamiyyah adalah:

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah haruslah sentiasa berhati-hati terhadap faktor-faktorkegagalan gerakkan dakwah islamiyyah. Antara faktor-faktor kegagalan tersebut adalah:

1. Pendokong yang tidak layak mendapat pertolongan daripada ALLAH bila mana pendokong gerakan dakwah ini hidupnya jauh daripada melakukan ibadah kepada ALLAH sebaliknya sering berhadapan atau sentiasa lalai dalam hidup dengan melakukan perkara yang sia-sia.

2. Pneggugat usaha gerakan dakwah dan pemerhati tetap. Dalam reality kehidupan dan fitrah gerakan dakwah itu memang tidak ramai yang sanggup menginfakkan masa atau tenaga untuk memastikan berjalannya gerakan dakwah di dalam masyarakat. Situasi ini menwujudkan golongan-golongan yang menghalang secara terus gerakan dakwah atau dengan menjadi pemerhati serta pengkeritik terhadap gerak-kerja yang dilaksanakan oleh pendokong gerakan dakwah.

3. Penguasa yang tidak berfungsi dengan betul bila mana kadang-kadang ada perkara yang diketengahkan oleh gerakan dakwah menganggu-gugat kepentingan golongan-golongan tertentu. Akibat daripada itu penguasa mewujudkan peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang menghalang dakwah sampai kepada masyarakat.

4. Penentang-penentang kepada gerakan dakwah ini kebanyakannya tiada ilmu yang cukup bagi membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

  • Pendokong gerakan dakwah islamiyyah turut harus memastikan dirinya memiliki kelayakan yang sepatutnya bagi menjamin kemengan gerakan dakwah islamiyyah, antaranya:

1. Memiliki kefahaman yang jelas akan dasar perjuangan yang didokonginya itu merupakan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH kepada hambanya dan merupakan sunnah serta waris terbesar Rasulullah kepada umat baginda.

2. Watak peribadi yang baik seperti mana yang cuba diketengahkan kepada masyarakat untuk sentiasa memiliki peribadi muslim yang sempurna.

3. Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup. Agama merupakan suatu sistem hidup dan Islam merupakan agama atau sistem hidup yang akan terus terpelihara hingga hari akhirat. Bila mana Islam dijadikan sebagai matlamat utama, InsyaALLAH matlamat dan dasar perjuangan turut akan kekal tanpa ada sifat untuk melompat kepada dasar-dasar perjuangan yang lain.

4. Memiliki keimanan yang teguh merupakan elemen terpenting bagi seorang pendokong gerakan dakwah yang mana dengan keimanan yang teguh ini akan menjadikan pendokong gerakan dakwah itu sentiasa yakin dengan akidah perjuangannya dan sentiasa yakin akan matlamat perjuangannya amat jauh itu.

  • Pendokong-pendokong gerakan dakwah islamiyyah harus menggerakkan beberapa elemen penting di dalam gerakan dakwah islamiyyah itu:

1. Wujudnya ukhwah islamiyyah yang kukuh di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah yang menjamin perpaduan di dalam gerakan dakwah serta mewujudkan wehdatul fiqh (kesyatuan pemikiran) dan wehdatul amal (kesatuan amal).

2. Setiap perkara dasar dan perancangan gerakan dakwah haruslah di musyawarahkan bagi memastikan keberkatan daripada perancangan tersebut.

3. Disiplin di kalangan pendokong-pendokong gerakan dakwah harus dipelihara bagi memastikan setiap perancangan yang dirancang dengan baik dapat dilaksanaka dengan sempurna dengan izin ALLAH.

4. Teguran yang membina di antara pendokong-pendokong gerakan dakwah amat perlu bagi memastikan segala kekurangan perancangan dan gerak-kerja dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Ana berdoa kepada ALLAH agar perkongsian yang disampaikan oleh sahabat ana ini bukan sahaja menjadi peringatan keapada ana dan sahabat-sahabt IMProf Sarawak bagi memastikan diri kami ini sentiasa menjadi punca kepada kemenangan gerakan dakwah islamiyyah dan bukan menjadi fitnah kepada gerakan dakwah islamiyyah.

Takbir! Takbir! Takbir!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More