Wednesday, February 11, 2009

Muhasabah Seorang Muslim..

Fitrah kepada kehidupan seorang anak Adam itu memerlukan sesuatu sebagai rujukan dan panduan. Agamalah yang menjadi panduan dan ikutan anak Adam dalam menulusuri kehidupan di muka bumi ini. Persoalannya adalah samada agama yang dianuti itu yang betul ataupun sebaliknya.

Bagi seorang muslim, agama yang kita sama-sama pegang dan anuti adalah agama Islam. Cuma persoalannya sekarang yang perlu kita muhasabahkan kepada diri kita masing-masing, adakah Islam yang kita anuti ini kita anuti atas sebab kedua orang tua kita muslim ataupun kita menggabungkan diri kita ke dalam agama Islam atas sebab keyakinan kita kepada agama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T.?

Persoalan ini yang wajib kita fahami dan selesaikan terlebih dahulu. Sekiranya kita masih lagi ada permasalahan dengan persoalan ini, kita khuatir ibadat kita selama ini sia-sia di sisi ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T.:

”Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan 9ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu pula menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada ALLAH, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong” (Al-Hajj: 78)


Bila mana persolan asas ini selesai dan difahami oleh setiap individu muslim, maka InsyaALLAH dengan sendirinya penggabungan diri seorang muslim itu ke dalam agama Islam bukanlah pebggabungan yang diwarisi dan sebaliknya menjadikan Islam itu sebagai panduan serta sistem kehidupan. Sesuai dengan sebuah nasyid kumpulan Raihan: ”Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa”, tetapi Iman kena didalami dan difahami oleh setiap individu muslim.

Moga-moga bila ada pemahaman yang mutlak berkenaan hakikat kehidupan dan agama sebagai sistem hidup kita tidak akan menjadikan harta-benda itu tuhan kita, kerja itu tuhan kita dan selain dari ALLAH itu tuhan kita. Tetapi sebaliknya ALLAH itu sahaja yang berhak untuk kita sembah dan kita patuh dengan menjadikan Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh. Al-Quran dan Sunnah rasul itu sebagai rujukan utama kita dalam mengurus-tadbirkan kehidupan manusia seluruhnya. InsyaALLAH kita berjaya mentadbir-uruskan kerajaan dunia yang sementara/fana bagi memperoleh mandat yang besar untuk duduk di kerajaan syurga ALLAH yang maha kekal dan maha luas.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More