Sunday, July 26, 2009

Dilema Pengundi - Siri 1: Jom Undi

Setiap kali pilihanraya muncul kita terpaku memikirkan apakah yang berlaku dalam senario politik Malaysia. Adakah ini sandiwara ulangan setiap 5 tahun di mana pengndi hanya diberi watak sebagai pelakon tambahan yang mengikut skrip lakonan politik yang sedia ada selama 50 tahun lebih. Namun bicara nasional dan laungan kerajaan sering sahaja mengulang yang Malaysia Negara demokratik yang bebas tetapi ini cuma pidato politik kerajaan!

Haruskah kita biarkan ini berterusan?!

Waktunya sekarang. Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi harus menetukan siapa yang berhak menerajui kerajaan Malaysia. Jangan mudah terpedaya. Jangan mudah takut. Jangan mudah putus asa.

Kuasa di tangan kita masih lagi wujud. Faham hak kita sebagai pengundi dan kembalikan demokrasi tulen ke arena politik Malaysia.

JANGAN ABAIKAN PERANAN & HAK KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More