This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, November 25, 2009

Permasalahan Ummah...

Assalamualaikum w.h.t. Alhamdulillah akhirnya ada kesempatan untuk membuat entry ke dalam blog ini. Rasanya telah beberapa bulan tidak menulis di dalam blog ini akibat kesibukan kerja dan tuntutan-tuntutan yang lain. Sekarang, sibuk jugak diperkatakan perihal bloging ni, ada yang menjadikan blog sebagai saluran untuk menyalurkan berita yang telus dan perlu diambil perhatian. Namun tidak kurang juga yang menjadikan kemudahan blog ini bagi menyebarkan fitnah dan berusaha untuk memecahkan perpaduan rakyat yang iginkan perubahan yang sekular.Dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi apa yang pernah saya perolehi ketika mana saya masih menuntut di universiti beberapa tahun yang lalu berkenaan satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak yang berkaitan mengenai faktor-faktor...

Thursday, September 3, 2009

Hari Sukaneka PASTI Miri dalam Harakah

Event: Bekenu, 5hb Julai 2009 – Alhamdulillah PASTI Miri telah berjaya menganjurkan Sukaneka Tahunan PASTI kali Pertama. Sukaneka PASTI ini diadakan sebagai alternatif kepada Hari Sukan PASTI yang belum dapat diadakan tahun ini. Sukaneka Tahunan PASTI kali pertama ini telah diadakana di Pantai Bungai, Bekenu. Objektif utama penganjuran sukaneka seumpama ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar PASTI, ibubapa dan pengurusan PASTI Miri. Di samping itu penganjuran sukaneka ini juga bertujuan untuk menambahkan minat anak-anak untuk terus menuntut ilmu di PASTI dan merangsang minda kritis serta kreatif anak-anak PASTI....

Sunday, July 26, 2009

Dilema Pengundi - Siri 1: Jom Undi

Setiap kali pilihanraya muncul kita terpaku memikirkan apakah yang berlaku dalam senario politik Malaysia. Adakah ini sandiwara ulangan setiap 5 tahun di mana pengndi hanya diberi watak sebagai pelakon tambahan yang mengikut skrip lakonan politik yang sedia ada selama 50 tahun lebih. Namun bicara nasional dan laungan kerajaan sering sahaja mengulang yang Malaysia Negara demokratik yang bebas tetapi ini cuma pidato politik kerajaan!Haruskah kita biarkan ini berterusan?!Waktunya sekarang. Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi harus menetukan siapa yang berhak menerajui kerajaan Malaysia. Jangan mudah terpedaya. Jangan mudah takut. Jangan mudah putus...

Friday, July 24, 2009

PAS Untuk Semua

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan salah satu gerakan Islam yang wujud di atas muka bumi ini selepas runtuhnya khalifah Islam terakhir. Cetusan daripada gerakan Almarhum Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang menggerakkan ummat Islam untuk bangkit bagi mengembalikan keadalian Islam di atas muka bumi ini.Dasar perjuangan PAS adalah tetap sama dari mula penubuhannya sehingga ke hari ini iaitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ringkasnya PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. Islam diturunkan oleh Allah pencipta alam semesta dan tiada keraguaan di dalamnya yang akan memberikan keadilan kepada manusia sejagat. Ini bukan retorik atau janji kosong daripada PAS dalam menterjemahkan dasar perjuangannya.Antara bukti yang jelas yang penulis boleh ketengahkan adalah apa yang telah dilaksanakan...

Monday, July 6, 2009

Sukaneka PASTI Miri kali Pertama Meriah

Untuk laporan lanjut:Sukaneka PASTI Miri Mer...

Thursday, June 11, 2009

H1N1 Amaran ALLAH S.W.T. & Ilmu ALLAH S.W.T.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” (al-An’am, 6:145)Bahagian pertama adalah firman-Nya: “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya…” ini merujuk kepada hukum asal sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, bahawa segala sesuatu adalah halal dan suci untuk dimakan.Bahagian kedua mengecualikan keumuman Bahagian Pertama di atas: “…melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir,...

Thursday, May 21, 2009

Kisah Tanah Sebagai Renungan...

Sebuah kisah yang patut menjadi tauladan dan peringatan kepada kita semua. Ada seorang perempuan tua, tiada tempat untuk berteduh, tiada harta kepunyaan untuk dijadikan tempat berlindung. Lalu di dalam sebuah kawasan tanah yang luas, dia mendirikan sebuah pondok yang kecil bagi tempat perteduhannya untuk dia meneruskan hidup dan beramal soleh. Tanah tersebut dimiliki oleh seorang kaya.Tuan tanah tersebut melihat akan terdirinya sebuah pondok buruk di atas tanahnya yang luas tersebut. Direnung dan dilihat oleh tuan tanah tersebut akan sekujur tubuh tua yang mendiami pondok buruk yang didirikan di atsa tanahnya yang luas itu.Pasa suata hari, perempuan tua tersebut keluar dari rumah seperti biasa bagi mencari rezeki. Pada hari yang sama juga, tuan tanah yang kaya tersebut telah mengarahkan orang-orangnya...

Sunday, April 26, 2009

Pemangkin Perjuangan di Bumi Miri Bertuah

Walaupun jauh daripada sahabat-sahabat seperjuangan lain yang beada nun jauh di Semenanjung, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di Miri diberikan peluang oleh ALLAH S.W.T. untuk bertemu dengan salah seorang pimpinan iaitu Dr. Kamaruzaman AJK Dewan Ulama' PAS Pusat. Kebetulan beliau berada di Brunei atas urusan rasmi jamaah. Dalam kesibukan beliau, beliau ada sedikit kesempatan untuk berkunjung ke Miri dan bertemu dengan sahabat-sahabat PAS Kawasan Miri.Dalam pertemuan yang singkat ini, beliau telah berkongsi mutiara-mutiara ilmu dalam perjuangan sebagai extasy bagi memangkin serta memacu perjuangan ana dan sahabat-sahabat di bumi Miri yang bertuah ini.Antara perkara yang dikongsikan oleh Dr Kamaruzaman adalah berkenaan fasa-fasa yang perlu ada dalam usaha kita untuk mengetengahkan perjuangan...

Event: "Sehari Bersama Nisa'@Piasau Jaya"

Event: Piasau, 26/04/2009 - Alhamdulillah sekali lagi Nisa' bersama-sama sahabat AMAL Miri telah berjaya menganjurkan program "Sehari Bersama Nisa'". Tahun lepas program yang sama yang namanya lain sikit iaitu program "Karnival Jom Santai" namun pengisian dan matlamat program tetap sama. Tahun ini Piasau Jaya telah menjadi lokasi pilihan program.Beberapa aktiviti yang menjadi pilihan iaitu Forum bertajuk "Wanita: Cantik dan Sihat Menurut Perspektif ISLAM", sukaneka rakyat, pertandingan gubahan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Turut mengisi program adalah pameran, jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma."Forum yang dipengerusikan oleh...

Wednesday, April 22, 2009

Event: Muktamar DPPNS Kali Ke-5 (Ke arah Pemerkasaan Gerakan Di Sarawak)

Event: Miri, 19hb April 2009 - Alhamdulillah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak Kali Ke-5 telah berjaya dijalankan. Selaku pengurus panatia lokasi muktamar, sepanjang perjalanan muktamar ana terasa berdebar takut-takut ada masalah yang berlaku. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik hasil kerja keras semua AJK dan berkat doa serta bantuan daripada ALLAH S.W.T..Seperti yang dijangkakan kehadiran perwakilan untuk tahun ini amat-amat memberangsangkan yang mana lebih 80 orang perwakilan daripada seluruh Sarawak telah berkampung di Miri. Perwakilan yang hadir datang dari seluruh pelusuk Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu, Mukah,...

Sunday, April 12, 2009

Hari Terbuka PASTI Al-Munawwarah

Event: Miri, 11hb April 2009 - Alhamdulillah PASTI Al-Munawwarah, Miri telah berjaya mengadakan program "Rumah Terbuka PASTI" yang pertama. Program yang julun-julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara PASTI dan jiran-jiran PASTI disamping meningkatkan hubungan yang baik di antara AJK PASTI bersama dengan ibubapa PASTI.Program bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Ramai sahabat-sahabat serta ibubapa PASTI yang hadir. Walaupun hanya 5 orang jiran yang hadir tetapi ini menunjukkan ada ruang dan peluang untuk kita terus meningkatkan usaha dakwah...

Sunday, February 15, 2009

Event: Usrah Gabungan IMProf Zon Sarawak #1

BINTULU, 15 Feb 2009 – Alhamdulillah hari ini ana diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk bersama-sama berusrah dengan sahabat-sahabat IMProf Sarawak. Diksempatan ini juga, Alhamdulillah turut diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T. untuk ana menunaikan tanggungjawab serta amanah ana sebagai YDP IMProf Zon Sarawak bersama-sama sahabat-sahabat IMProf yang lain bagi menyediakan perancangan bagi IMProf Sarawak bagi tahun 2009. Di dalam sesi usrah yang pengisian disampaikan oleh sahabat ana yang mempraktiskan kehidupan seorang dai’ yang bagi ana dia bukan sekadar mantap bertoeri malah hebat dalam gerak-kerja dan praktikal kerja dakwahnya. Dalam pengisian beliau yang berkisar berkenaan “Prasyarat Kemenangan Dakwah Islamiyyah”. Di dalam perkongsian beliau antara point-point yang dikongsikan...

Wednesday, February 11, 2009

Muhasabah Seorang Muslim..

Fitrah kepada kehidupan seorang anak Adam itu memerlukan sesuatu sebagai rujukan dan panduan. Agamalah yang menjadi panduan dan ikutan anak Adam dalam menulusuri kehidupan di muka bumi ini. Persoalannya adalah samada agama yang dianuti itu yang betul ataupun sebaliknya. Bagi seorang muslim, agama yang kita sama-sama pegang dan anuti adalah agama Islam. Cuma persoalannya sekarang yang perlu kita muhasabahkan kepada diri kita masing-masing, adakah Islam yang kita anuti ini kita anuti atas sebab kedua orang tua kita muslim ataupun kita menggabungkan diri kita ke dalam agama Islam atas sebab keyakinan kita kepada agama yang diturunkan oleh ALLAH...

Monday, February 9, 2009

Hakikat Kehidupan...

Apa yang kita miliki hari ini dan saat ini adalah hasil daripada keputusan yang kita ambil beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat sebelum ini. Apa yang kita lalui sekarang adalah hasil daripada keputusan serta pertimbangan yang kita lakukan beberapa detik yang lalu. Bijak keputusan dan pertimbangan kita maka eloklah hasil yang kita akan perolehi. Kehidupan yang sementara di muka bumi ALLAH ini juga merupakan persoalan yang cukup besar untuk kita natijahkan kepada satu keputusan pada akhirnya. ALLAH telah banyak menyatakan di dalam Al-Quran berkenaan akan adanya satu masa manusia akan diadili dan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh kenikmatan atau keneraka yang penuh dengan azab. Persoalan atau pilihan ini ALLAH bukan berikan kepada manusia ketika mana mereka berhadapan...

Pages 51234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More